RSS

Headphone Roccat Kave 5.1

14 Aug

Baru-baru ini pihak Play Interactive Malaysia memberikan peluang kepada para gamer untuk menggunakan Roccat Kave, sebuah headphone dengan kebolehan memainkan surround sound 5.1. Headphone Roccat menyertakan 3 pembesar suara pada kedua belah corong dan salah satunya boleh menjana gegaran yang terhasil sewaktu pengguna bermain permainan komputer. Mikrofon yang disediakan boleh ditanggalkan dengan mudah sekiranya tidak digunakan. Headphone ini boleh dilipat bagi menjimatkan ruang. Span yang disediakan pada kedua belah corong besar dapat menangkis suara disekeliling pengguna. Terdapat juga span dibahagian atas headphone yang memberikan keselesaan kepada pengguna semasa bermain. Headphone ini turut menyertakan panel kawalan suara yang berasingan, membolehkan pengguna mengawal tahap suara keseluruhan, dan juga tahap suara tertentu iaitu kawalan Center, Front, Rear, dan Sub. Menerusi panel tersebut, pengguna boleh mematikan suara dan mengawal mikrofon dengan sentuhan butang tersedia. Headphone ini mempunyai 4 jek suara dan satu soket USB. Menurut Roccat, pemprosesan suara dihasilkan oleh kad bunyi pada komputer pengguna dan USB pula adalah untuk sokongan kuasa headphone tersebut. Melalui ujian Dolby Surround Sound 5.1, didapati headphone ini berfungsi dengan baik dan mampu memainkan bunyi di dalam format tersebut. Untuk permainan komputer, seperti Counter-Strike:GO mampu menyokong format bunyi 5.1. Sepanjang permainan selama sejam, ia selesa digunakan dan didapati bunyi yang terhasil menunjukkan perbezaan ketara berbanding headphone stereo. Seperti yang disebutkan oleh Roccat, pemain berupaya mendengar posisi pemain lain seolah-olah berada di alam nyata. Ini membolehkan pemain mengagak tindakan seterusnya dengan cepat. Fungsi surround sound sangat membantu didalam permainan sebegini.
Headphone ini juga mampu menjana gegaran namun memerlukan sedikit konfigurasi pada kawalan suara. Sekiranya pembaca pernah mencuba Panasonic Shockwave, iaitu pemain kaset dengan headphone yang mampu menggegar mengikut tahap Bass sesuatu lagu, Roccat Kave memerlukan sedikit perubahan pada panel kawalan suaranya. Sedikit anomali iaitu bunyi sengit kadangkala wujud hasil dari pengubahan kawalan suara. Pada harga RM369, headphone ini dilihat agak berbaloi oleh mereka yang menitik-beratkan fungsi surround sound semasa bermain. Panel kawalan suara yang mampu mengubah tahap suara berlainan juga boleh memberikan perbezaan semasa menggunakannya.

 
Leave a comment

Posted by on August 14, 2013 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s