RSS

Program Coach & Grow Siri Kedua

22 Aug

Dunia ICT tempatan semakin berkembang pesat dari hari ke hari. Banyak syarikat berasaskan ICT ditubuhkan setiap tahun dan banyak dikalangan golongan muda yang ingin mengorak langkah didalam arena ini. Setelah kejayaan siri pertama, kini Cradle Fund Sdn Bhd turut hadir dengan program Coach & Grow siri kedua. Program Coach & Grow (CGP) ini bertujuan untuk melatih syarikat yang baru, terutamanya yang memerlukan khidmat nasihat dan memerlukan panduan untuk meluaskan perniagaan. Untuk siri pertama yang diadakan sekitar tahun 2011-2012, program ini telah membantu lebih 400 teknokrat ICT didalam mengendalikan syarikat mereka. Acapkali berlaku dimana para teknokrat ICT tidak bersedia mengendalikan pertumbuhan pesat syarikat mereka jadi program ini mampu membantu para teknokrat. Antara cabaran lain yang sentiasa dihadapi dikalangan teknokrat adalah termasuk mencari pelanggan pertama dan keuntungan permulaan. Kedua memperoleh pulangan yang mampu digunakan semula untuk pemasaran. Ketiga cabaran untuk memasarkan produk dikawasan yang tidak pernah diuji. Melalui program CGP ini yang akan berlangsung selama 12 bulan, fokus buat peserta akan diberikan bertujuan menjana strategi petumbuhan serta memastikan keseluruhan operasi mula memperoleh keuntungan. Syarikat atau peserta yang ingin menyertai program ini perlu mencapai sesuatu tahap sebelum diterima masuk ke program CGP. Antara kelebihan menyertai program CGP adalah termasuk, Pertama, kandungan latihan dan sasaran untuk setiap program ditetapkan oleh usahawan, untuk usahawan. Kedua, Struktur latihan difokuskan untuk strategi perlaksanaan dan bukannya pembelajaran secara teori. Ketiga, sesi latihan akan digubah mengikut keperluan setiap syarikat. Para pelatih merupakan usahawan dan pakar didalam industri yang telah diceburi. Membantu para peserta/syarikat untuk mewujudkan hubungan ekosistem ICT yang menyeluruh bersama-sama agensi kerajaan, agensi pembiayaan, institusi pendidikan dan juga Alumni CGP terdahulu. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 September 2013 dan maklumat lanjut serta syarat penyertaan boleh dilihat di laman web rasmi Program Coach & Grow. Layari : Cradle Coach & Grow

 
Leave a comment

Posted by on August 22, 2013 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s