RSS

Cyber-shot QX10/QX100

06 Sep

Seperti sedia maklum, salah satu perkara yang dinantikan oleh pengguna seluruh dunia terhadap peranti yang diumumkan oleh Sony adalah lensa-kamera mereka, Cyber-shot QX10 dan juga QX100. Boleh dikatakan Cyber-shot QX10 dan juga QX100 mendapat perhatian lebih ramai pihak buat masa ini. Cyber-shot QX10 dan juga QX100 hadir sebagai aksesori tambahan untuk telefon pintar berasaskan Android dan juga iPhone. Melaluinya, ia membolehkan pengguna menghubungkan ia kepada telefon pintar mereka melalui WiFi Direct, dan kemudian menggunakan Cyber-shot QX ini dalam merakamkan gambar. Cyber-shot QX, masing-masing hadir dengan pemprosesan imej tersendiri, disamping turut dilengkapi dengan bateri yang boleh ditanggalkan, serta ruangan untuk mikro-SD untuk tujuan storan. Untuk menggunakannya bersama-sama telefon pintar, pengguna terlebih dahulu perlu memuat-turun sebuah aplikasi yang dinamakan sebagai PlayMemories Mobile, dan kemudian menghubungkan telefon pintar ke Cyber-shot QX melalui sambungan WiFi Direct yang disediakan pada lensa-kamera tersebut. Untuk sambungan yang lebih pantas, pengguna juga boleh menggunakan sokongan NFC yang didatangkan bersama-sama dengannya. Dari segi spesifikasi, Cyber-shot QX100 membawakan sensor 20.2-megapixel dengan lensa 28-milimeter, serta kebolehan sokongan zoom sehingga 3.6x. Ia turut dilengkapi dengan sokongan Carl Zeiss dengan sokongan sensor tambahan padanya. Sony Cyber-shot QX10 pula membawakan sensor 18-megapixel, dan didatangkan dengan sokongan zoom optikal sehingga 10x dan juga sokongan OIS. Selain merakamkan gambar, pengguna boleh merakamkan video. Untuk merakamkan video, pengguna perlu memastikan mempunyai sebuah kad mikro-SD untuk dimasukkan pada lensa-kamera tersebut. Daripada penggunaan yang dilakukan, lensa-kamera ini amat menarik, apatah lagi ia boleh dihubungkan kepada pelbagai peranti Android. Sony Mobile Malaysia dijangka menawarkan Cyber-shot QX10 dan juga Cyber-shot QX100 ini di pasaran tempatan pada bulan Oktober ini.

 
Leave a comment

Posted by on September 6, 2013 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s