RSS

Cyber-shot QX10/QX100

08 Sep

Salah satu perkara yang dinantikan oleh pengguna seluruh dunia adalah lensa-kamera Cyber-shot QX10 dan QX100 daripada Sony. Berbanding dengan pengumuman telefon pintar Xperia Z1 sendiri, boleh dikatakan Cyber-shot QX10 dan juga QX100 mendapat perhatian lebih ramai pihak. Cyber-shot QX10 dan jQX100 hadir sebagai aksesori tambahan untuk telefon pintar berasaskan Android dan juga iPhone. Melaluinya, pengguna boleh menghubungkan ia kepada telefon pintar mereka melalui WiFi Direct, dan kemudian menggunakan Cyber-shot QX ini untuk merakam gambar. Masing-masing hadir dengan pemprosesan imej tersendiri, dengan mempunyai ruangan untuk mikro-SD untuk tujuan storan tambahan. Untuk menggunakannya, pengguna perlu memuat-turun sebuah aplikasi yang dinamakan sebagai PlayMemories Mobile, dan kemudian menghubungkan telefon pintar ke Cyber-shot QX melalui sambungan WiFi Direct. Untuk sambungan yang lebih pantas, pengguna juga boleh menggunakan sokongan NFC. Dari segi spesifikasi, Cyber-shot QX100 membawakan sensor 20.2-megapixel dengan lensa 28-milimeter, serta kebolehan sokongan zoom sehingga 3.6x. Turut dilengkapi dengan sokongan Carl Zeiss dan sokongan sensor tambahan padanya. Sony Cyber-shot QX10 pula membawakan sensor 18-megapixel, dan didatangkan dengan sokongan zoom optikal sehingga 10x dan juga sokongan OIS. Selain merakam gambar, pengguna juga boleh merakamkan video. Untuk merakam video, pengguna perlu mempunyai kad mikro-SD untuk dimasukkan pada lensa-kamera tersebut sebelum digunakan. Sony Mobile Malaysia dijangka menawarkan Cyber-shot QX10 dan juga Cyber-shot QX100 ini di pasaran tempatan pada bulan Oktober ini.

 
Leave a comment

Posted by on September 8, 2013 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s