RSS

Mari Mengenali HDMI 2.0

08 Sep

Pada IFA 2013 yang lalu beberapa peranti baru telah diumumkan. Pihak HDMI Forum juga telah menghadirkan diri bagi memperlihatkan piawaian terbaru daripada mereka untuk teknologi kabel HDMI, dinamakan sebagai HDMI 2.0. HDMI 2.0 merupakan kemaskini kepada piawaian sedia ada, dimana ia membawakan beberapa sokongan baru, termasuk kebolehan memainkan video 4K pada kadar frame yang lebih tinggi. Perkara ini dijayakan melalui integrasi kebolehan untuk memindah data pada kelajuan yang lebih tinggi, iaitu sehingga 20 gigabit sesaat. Peningkatan sekali ganda berbanding versi HDMI sedia ada membolehkan pengguna menghantar video ke TV pada kelajuan sehingga 10 gigabit sesaat. Dengan erti kata lain, ia membolehkan pengguna memainkan video 4K berkualiti 2160p pada kadar 60fps berbanding hanya 30fps sedia ada. HDMI 2.0 juga turut sama membawakan sokongan backward, membolehkan pengguna menggunakan kabel yang sama. Selain memainkan video sehingga 4K pada kadar 60fps, HDMI 2.0 juga membawakan sokongan sehingga 32 saluran audio, sekaligus memberikan pengalaman audio yang lebih baik. Beberapa sokogan lain yang turut sama didatangkan adalah sokongan penstriman dua video pada satu skrin yang sama, dimana digunakan untuk memainkan permainan video dan sebagainya. HDMI 2.0 juga turut sama menyertakan kebolehan untuk memainkan video pada kadar 21:9. Pembangunan HDMI 2.0 masih lagi pada peringkat awal, dan pihak HDMI Forum sedang mencari lebih ramai pihak yang ingin menyumbang kepada spesifikasi HDMI 2.0 ini. Peranti-peranti yang menggunakan spesifikasi HDMI 2.0 ini dijangka akan diperkenalkan secara meluas di pasaran bermula tahun 2014.

 
Leave a comment

Posted by on September 8, 2013 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s