RSS

Sony Xperia Z1

08 Sep

Xperia Z1 masih mengekalkan ciri-ciri rekabentuk seumpama Xperia Z, tetapi membawakan beberapa penambahan, termasuk sokongan butang fizikal untuk kamera, dan juga ruangan audio-jack yang terbuka bagi memudahkan pengguna memasang headset atau earphone. Walaupun dengan ruangan terbuka, ia masih membawakan sokongan kalis air dan juga debu, membolehkan pengguna menggunakannya untuk pelbagai aktiviti. Sokongan butang fizikal juga turut membolehkan ia digunakan untuk tujuan rakaman di dalam air. Salah satu perkara yang diberikan perhatian oleh pihak Sony pada telefon pintar Xperia Z1 ini adalah sokongan bahagian kamera, dimana ia didatangkan terbina dengan lensa-G 20.7-megapixel. Untuk melengkapkan sokongan kamera ini, Sony turut sama menambah-baik fungsi-fungsi pada bahagian aplikasi kamera, dimana ia membolehkan pengguna membuat beberapa perkara menarik seperti InfoEye, AR Effect, dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui AR Effect – pengguna boleh menggunakan beberapa animasi maya pada sesuatu lokasi, dan menggunakannya ketika merakamkan sesuatu gambar. Xperia Z1 ini juga turut membawakan sokongan rakaman burst-shot sehingga 60 keping dalam masa kurang 2 saat, sekaligus memberikan pilihan gambar yang menarik untuk pengguna. Pada bahagian tetapan juga, pihak Sony menambah beberapa perkara, dimana pengguna boleh menguruskan aplikasi melalui sebuah panel khas dengan leretkan jari dari bahagian kiri peranti. Implementasi bahagian menu khas ini boleh dikatakan menyerupai sokongan multi-tasking pada peranti Samsung dan Ubuntu Touch. Sony juga turut memfokuskan kepada bahagian kandungan, dimana beberapa kandungan akan didatangkan terbina bersama-sama peranti berkenaan. Sony Xperia Z1 ini akan dijual di Malaysia bermula awal Oktober, dan harganya dijangka akan diumumkan pada hari pelancaran di Malaysia.

 
Leave a comment

Posted by on September 8, 2013 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s