RSS

Apple Memperkenalkan iPhone 5S

11 Sep

Bersama-sama pengumuman iPhone 5C, pihak Apple juga turut memperkenalkan peranti utama mereka, iaitu iPhone 5S dengan didatangkan dalam tiga pilihan warna, iaitu emas, putih (silver) dan juga kelabu. iPhone 5S menjadi telefon pintar pertama yang menyertakan cip pemprosesan berasaskan 64-bit melalui cip A7. Ia membawakan kuasa pemprosesan 2 kali lebih pantas berbanding sebelumnya, termasuk sokongan grafik 2 kali lebih laju. Disamping cip A7, pihak Apple juga menambah sebuah cip baru dipanggil sebagai M7, iaitu sebuah “motion processor”. Melaluinya, ia memproses data berkaitan accelerometer, gerakan dan sebagainya. Ia membolehkan peranti mengetahui gerakan anda, sekaligus amat berguna untuk aplikasi berbentuk sukan dan kesihatan. Jangka hayat bateri juga berbertahan lebih lama berbanding iPhone 5 sebelum ini. Selain itu, ia menyertakan sokongan kamera 8-megapixel iSight bersama-sama aperture f/2.2 yang lebih besar, dan sensor yang mempunyai 1.5 mikron pixel untuk rakaman pada keadaan gelap dengan lebih baik. iPhone 5S juga menyertakan dua LED untuk flash – satu berwarna putih dan satu lagi amber, membolehkan ia menganalisa dan menggunakan pencahayaan yang baik bersesuaian dengan keadaan sekeliling. Apple turut mengatakan iPhone 5 menyertakan sokongan penstabilan imej automatik, dan merakamkan beberapa gambar pada suatu masa, dan kemudian mengabungkan bahagian yang jelas dan tajam untuk sesuatu gambar. Sokongan mod burst turut disertakan, membolehkan pengguna merakamkan sehingga 10 rakaman dalam sesaat. Satu lagi fungsi baru yang disertakan adalah SloMo, membolehkan pengguna merakamkan video HD (720p) pada kadar 120fps. Dan akhir sekali, iPhone 5S turut sama menyertakan sokongan pengimbas cap jari, dinamakan sebagai TouchID. Sensor TouchID ini akan terbina pada butang Home, dimana pengguna boleh unlock telefon mereka dengan menyentuhnya. Pengguna boleh melakukan pembelian melalui iTunes tanpa perlu memasukkan kata laluan seperti sebelumnya. Apple mengatakan ia boleh menyimpan data untuk beberapa jari. Secara keseluruhannya, pihak Apple dilihat memfokuskan kepada tiga perkara utama pada iPhone 5S, iaitu cip pemprosesan A7 berasaskan 64-bit, sokongan kamera lebih baik, dan juga pengimbas cap jari TouchID. iPhone 5S ditawarkan di beberapa negara utama bermula 20 September ini.

 
Leave a comment

Posted by on September 11, 2013 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s