RSS

Samsung Galaxy S5

11 Sep

iPhone 5S baru sahaja diperlihatkan kepada umum pagi tadi dengan pengesan cap jari terbina pada butang home.  Inovasi terkini dari Apple ini sudah tentunya meninggikan tahap keselamatan peranti milik anda dari diakses oleh orang lain. Samsung nampaknya tidak mahu mengalah dan hari ini difahamkan Samsung Galaxy S5 akan mempunyai sistem pengimbas DNA terbina. Gambar lukisan permohonan paten yang menunjukkan sistem pengimbas DNA tersiar pagi tadi. Daripada apa yang dilihat sistem pengimbas DNA Samsung Galaxy S5 diletakkan pada kawasan mikrofon peranti ini.  Untuk melakukan unlocking anda perlu menghembus nafas secara terus ke arah mikrofon. Pengimbas kemudian akan membaca molekul udara hebusan nafas tersebut dan melakukan pengenalan DNA secara terus. Difahamkan ini adalah antara satu sebab mengapa Samsung tiba-tiba mengumumkan kelapan-lapan teras pemproses Exynos 5 Octa mereka. Sistem pengimbas DNA ini memerlukann kuasa pemprosesan yang tinggi untuk melakukan pengesanan DNA secara segera. Mereka mengatakan teknologi pengimbasan DNA sememangnya jauh lebih bagus dari mengesan cap jari yang sedia ada. Sekiranya ia benar ianya pasti membuatkan Samsung Galaxy S5 menjadi peranti paling hebat di pasaran apabila dipasarkan kelak. Galaxy S4 mempunyai pengesan cahaya, suhu, tekanan  dan kelembapan udara. Jadi adalah tidak mengejutkan jika Samsung menambah fungsi mengimbas DNA untuk peranti utama mereka. Dengan bantuan beberapa aplikasi tidak mustahil anda boleh melakukan ujian paterniti dari bilik anda tanpa perlu pergi ke hospital untuk memastikan anak anda benar-benar anak anda. Hanya suruh anak anda menghembus nafas pada Samsung Galaxy S5 dan status mereka dapat ditentukan.

 
Leave a comment

Posted by on September 11, 2013 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s