RSS

Cip Pemprosesan 64-bit Pada Telefon Pintar ?

18 Sep

Pihak Apple telah menjadi yang terawal memperkenalkan sokongan cip pemprosesan 64-bit pada telefon pintar iaitu iPhone 5S milik mereka. Sejak daripada itu, pelbagai perkara diperdebat berkenaan dengan kegunaannya. Untuk makluman, cip pemprosesan Apple A7 menggunakan architecture ARMv8. Secara kasarnya, dengan beralih ke cip 64-bit, ia membolehkan aplikasi berjalan dengan lebih pantas dan menjimatkan penggunaan tenaga. Ia memberikan kesan yang positif kepada grafik, terutamanya untuk aplikasi berbentuk permainan. Walaubagaimanapun, untuk sistem perkomputeran mudah-alih, penggunaan RAM yang tinggi dikatakan tidak begitu sesuai, memandangkan ia menggunakan tenaga bateri yang lebih. Pada masa yang sama, ia juga memaksa pembangun mengoptimasikan aplikasi mereka untuk 64-bit, memandangkan aplikasi 32-bit sedia ada tidak dapat menggunakan fungsi 64-bit sepenuhnya. Salah satu perkara yang menjadi tanda tanya adalah berkenaan dengan saiz fail aplikasi berkenaan, kerana kebiasaanya, perisian 64-bit bersaiz lebih besar berbanding 32-bit. Ia turut diperkatakan, aplikasi berbentuk permainan dan dengan tenaga pemprosesan tinggi sahaja yang akan mendapat kelebihan menggunakan cip 64-bit, sementara yang lain akan masih kekal membawakan prestasi seperti biasa. Penggunaan sistem 64-bit juga tidak bergantung sepenuhnya kepada hardware tetapi bergantung kepada sistem operasi dan perisian yang digunakan.

 
Leave a comment

Posted by on September 18, 2013 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s