RSS

Cradle Ideas To Invest

18 Sep

InvestCradle Fund terkenal dalam mengendalikan program untuk teknokrat dan usahawan berasaskan ICT. Kini, mereka hadir dengan acara Ideas To Invest, bersempena minggu Global Entrepreneurship Summit yang akan diadakan pada Oktober ini. Acara Ideas To Invest ini dikhususkan untuk menyatukan pembangun dan pengasas produk ICT dengan pelabur tahap awal (Angel Investor). Semua sedia maklum, cabaran buat para pembangun dan pengasas produk ICT adalah mendapat modal permulaan yang sepatutnya untuk memulakan perniagaan. Di dalam era yang serba mencabar ini, sekiranya syarikat baru yang mempunyai modal yang cukup merupakan satu kelebihan. Tahun lepas, melalui Bajet 2011, menyaksikan kehadiran faedah khusus buat para pelabur yang melabur untuk industri ICT termasuklah pengurangan cukai.  Agak sukar untuk mencari syarikat ICT lebih-lebih lagi sekiranya pelabur tersebut tidak mempunyai asas pengetahuan ICT. Justeru acara yang menyatukan kedua-dua pihak pembangun produk ICT dan pelabur yang berminat di dalam arena ICT ini bakal membawa manfaat kepada semua. Pada acara ini mempunyai tema iaitu: ‘Produk & Perkhidmatan Berasaskan Awan’, Cradle akan menyediakan penganalisa industri dan juga jurulatih bisnes untuk membangunkan proposal berkaitan tema berkenaan. Berikut merupakan jadual program Ideas To Invest yang akan berlangsung selama 9 hari. Pasukan kombinasi pembangun dan pelabur yang memenangi program ini akan mendapat pembiayaan geran dari Cradle, termasuklah potensi untuk menarik minat para pelabur teroka tahap awal. Acara Ideas To Invest ini juga akan mempunyai rakan korporat tempatan dan antarabangsa yang akan berkongsi pandangan yang realistik berkenaan industri ICT dan keusahawanan. Bagi yang berminat, boleh mendaftar untuk program ini di : Cradle Ideas To Invest.

 
Leave a comment

Posted by on September 18, 2013 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s