RSS

Tetikus Roccat Kone Pure Orange

18 Sep

Tetikus merupakan peranti yang paling penting didalam permainan komputer untuk kategori permainan aksi. Ini kerana dengan tetikus, pemain mudah untuk mensasarkan musuh, memilih askar dan karekter. Justeru pemilihan tetikus khusus untuk permainan merupakan satu aspek utama buat para pemain. Sebelum ini kami telah mengulas berkenaan peranti khusus buat pemain permainan komputer iaitu headphone Roccat Kave 5.1, dan kali ini kami mengulas sebuah tetikus baru keluaran Roccat iaitu Kone Pure Orange. Tetikus ini berwarna jingga dan mempunyai label Inferno Orange. Untuk siri Kone Pure ini, terdapat 4 warna disertakan iaitu Hellfire Red, Inferno Orange, Polar Blue dan Phantom White. Tetikus yang boleh dikatakan didalam kelas pertengahan ini mempunyai 4 butang tambahan disamping 2 butang biasa (kiri dan kanan) beserta kombinasi butang dan roda tetikus. Logo Roccat yang terdapat pada tetikus ini merupakan paparan berlampu yang boleh diubah mengikut kesukaan pengguna. Lampu tersebut boleh diubah sama ada dari segi kerlipan, atau untuk memaparkan mod tertentu yang boleh disunting pengguna. Dibahagian bawah terdapat sensor laser dengan DPI maksimum setinggi 8200 DPI. Kemasan wayar dan palam USB tetikus ini harus dipuji kerana ia didatangkan dalam wayar yang disulam yang mengurangkan risiko ketegangan/kepatahan wayar. Tetikus ini mampu beroperasi dengan fungsi asas termasuklah pengubahan DPI meskipun tanpa menggunakan aplikasi khusus dari Roccat. Sekiranya pengguna ingin menetapkan mod tertentu termasuk menukar warna logo Roccat pada tetikus tersebut, pengguna perlu memuat turun aplikasi khas dari laman web Roccat. Dengan aplikasi tersebut, banyak tetapan tambahan yang boleh dilakukan pada tetikus ini. Selain dari penetapan warna logo Roccat, terdapat juga tetapan yang membolehkan kombinasi berbeza untuk permainan berbeza. Pada ruang cengkam ibu jari disebelah kiri tetikus, butang di belakang merupakan butang [+]. Penggunaannya bagaikan kekunci ‘shift’. Sepanjang penggunaan tetikus ini, ia bergerak dengan lancar dan tiada sebarang lengah masa yang berlaku. Bentuknya yang ergonomik meyakinkan cengkaman sepanjang permainan. Pada harga RM299 ianya boleh dikatakan tetikus yang premium. Meskipun hanya mempunyai 7 butang, namun dengan kombinasi butang [+], ia menjadi 15 butang yang memberi kelebihan kepada para pemain.

 
Leave a comment

Posted by on September 18, 2013 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s