RSS

Alcatel One Touch Idol X

20 Sep

Alcatel sudah menceburi bidang penghasilan telefon mudah alih sejak tahun 1997 lagi dengan Alcatel H800. Untuk makluman semua, Alcatel boleh mengesan semula susur galur sejarahnya kembali kepada Elisha Gray, pencipta telefon yang terlambat memfailkan paten telefon ciptaan beliau pada tahun 1867. Seperti Elisha Gray, kemasukan Alcatel kedalam arena telefon pintar juga agak lambat berbanding pengeluar peranti pintar yang lain. Oleh itu, adakah One Touch Idol X mampu memberikan persaingan kepada HTC One, Galaxy S4, Xperia Z1 dan iPhone 5 ? Ini jawapan dia. Alcatel One Touch Idol X ialah sebuah lagi peranti 5″ dengan skrin HD penuh yang kini memenuhi pasaran. Dari segi rupa fizikal peranti ini tidak jauh berbeza dari HTC One. Bahagian belakang peranti diperbuat daripada bahan polikarbonat. Bahagian belakang ini lembut dan selesa dipegang. Tekstur seakan getah memudahkan genggaman disamping mengurangkan gelincir dari pegangangan ketika digunakan. Butang kuasa terletak pada bahagian atas sementara butang suara dibahagian kiri. One Touch Idol X ialah sebuah peranti dwi-SIM dan sebuah slot SIM diletakkan di kiri dan kanan casis peranti. Apa yang menarik ialah pintu penutup untuk slot SIM Idol X dilengkapi magnet. Ini memastikan pintu slot tertutup rapat dan tidak mudah terbuka.

Seperkara lagi yang perlu dinyatakan di sini ialah Idol X tidak menyokong penambahan muatan dalaman dan baterinya tidak boleh dibuka. Sebuah pembesar suara terletak pada bahagian belakang peranti. Bunyi yang dipancarkan ketika melakukan panggilan telefon secara hands free dan menonton video Youtube adalah cukup memuaskan. Secara keseluruhan One Touch Idol X mempunyai kualiti binaan dan spesifikasi yang baik bagi sebuah peranti yang dijual pada harga mampu milik. Muatan dalaman peranti ini terhad kepada hanya 16 Gigabyte sahaja. Alacatel tidak menyertakan talam aplikasi. Kesemua aplikasi yang dimuat turun akan terus diletakkan pada paparan utama skrin. Ikon aplikasi kemudiannya boleh dikumpulkan kedalam failnya tersendiri mengikut keperluan pengguna. Amat mudah untuk melakukan tetapan bahasa, pilihan kamus dan jenis papan kekunci yang mahu digunakan. Menu tetapan papan kekunci dan fungsi pengenalan suara boleh diakses dengan satu setuhan butang. Alcatel One Touch Idol X juga mempunyai fungsi unik yang diberi nama Ultimate Saver. Fungsi ini boleh diaktifkan apabila kuasa bateri berkurangan kepada 15%. Ultimate Saver secara automatik akan mengubah Idol X menjadi sebuah telefon biasa dimana anda hanya boleh mengakses fungsi telefon, SMS, kalendar dan senarai nombor yang disimpan di dalam peranti.

Kecerahan skrin juga dikurangkan secara drastik dan memanjangkan hayat telefon selama 3 jam di dalam mod Ultimate Saver. Fungsi ini sememangnya berguna ketika situasi kecemasan dimana anda tidak memerlukan fungsi internet ataupun menggunakan aplikasi pada Idol X. Peranti ini dilengkapi kamera utama 13.1 Megapixel dan kamera hadapan 2 Megapixel. Ujian penanda aras dilakukan pada One Touch Idol X yang mencatatkan 5762 markah pada Quadrant dan 14675 markah pada Antutu. Alcatel One Touch Idol X ialah sebuah peranti mampu milik dengan prestasi yang sederhana. Ia mampu melakukan tugasan biasa seperti melayar laman web, melakukan kemasan laman sosial dan bermain Games tanpa sebarang masalah besar. Dari segi binaan ia mempunyai kemasan yang elok serta selesa untuk dipegang. Pada harga saranan RM 1099, Idol X pada hemat kami masih memberikan nilai kepada wang yang anda belanjakan untuk membelinya. Ia mungkin bukan peranti terhebat di pasaran tetapi jika anda memerlukan peranti yang mudah digunakan, dengan antaramuka yang menarik serta kemampuan melakukan kebanyakkan tugasan dengan mudah ini adalah peranti yang anda boleh letakkan dalam senari pembelian.

 
Leave a comment

Posted by on September 20, 2013 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s