RSS

BlackBerry Z30

20 Sep

BlackBerry Z30 merupakan telefon pintar pertama daripada BlackBerry dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan resolusi 1280×720 pixel. Dari segi paparan, ia lebih jelas berbanding Z10 kerana dilengkapi skrin Super AMOLED. Amat selesa untuk dipegang pada tangan. BlackBerry Z30 ini didatangkan dalam dua pilihan warna, iaitu hitam dan juga putih serta beberapa aksesori khas untuknya. Pihak BlackBerry juga dilihat memfokuskan sokongan audio pada BlackBerry Z30. Ia menyertakan sehingga empat mikrofon, membolehkan pengguna membuat panggilan lebih jelas. Penggunaan mikrofon ini juga dilengkapi dengan fungsi Natural Sound yang didatangkan bersama-sama BBM Video dan BBM Voice. Bercakap mengenai audio, pihak BlackBerry membawakan sokongan Stereo Audio yang membolehkan pengguna mendengar lagu ataupun menikmati video pada skrin besar dengan lebih menarik. Mengenai perisian pula, beberapa perubahan diperkenalkan, termasuk notifikasi pada lockscreen, tambahan menu tetapan untuk pengurusan aplikasi, ikon khas untuk BlackBerry Hub dan beberapa yang lain. Pihak BlackBerry juga turut sama menambah Priority Hub, dimana pengguna boleh melabelkan alamat-alamat ataupun rakan yang penting, dan emel tersebut akan dipaparkan pada bahagian ini. Ia berfungsi seumpama GMail Priority Inbox, tetapi pada masa yang sama turut mengintegrasikan sokongan dari laman sosial dan juga BBM. Bercakap mengenai BBM pula, kini pengguna boleh melihat mesej BlackBerry Messenger dari rakan mereka pada bila-bila masa, walaupun ketika menggunakan aplikasi. Sebuah notifikasi khas dipaparkan pada bahagian atas, membolehkan pengguna membuat balasan serta merta untuknya. BlackBerry Z30 ditawarkan pada harga RM1998 di Malaysia, dan akan dijual bermula awal Oktober. Harga untuk BlackBerry Z10 dan juga BlackBerry Q10 dijangka akan dikemaskini dalam masa terdekat.

 
Leave a comment

Posted by on September 20, 2013 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s