RSS

Aptoide : Alternatif Google Play Store

21 Sep

Google Play Store merupakan aplikasi rasmi untuk pengguna Android untuk memuat turun pelbagai aplikasi yang dikehendaki. Selain itu, anda boleh memuat turun aplikasi selain dari Google Play. Antara tempat yang menjadi kebiasaan pengguna Android adalah seperti di APKTOP, PandaApp dan 4Shared. Entri ini akan menunjukkan cara untuk muat turun aplikasi di salah satu tempat yang terkenal iaitu Aptoide. Sebelum menambah aplikasi Aptoide, anda perlu mengubahsuai settings default di peranti Android untuk membenarkan fail APK selain dari Google Play boleh diinstall di peranti anda. Pergi ke Settings>Security dan tandakan kotak Unknown Sources. Buka browser di peranti anda (Chrome) dan pergi ke website Aptoide. Anda akan mendapat popup  meminta untuk memuat turun APK Aptoide. Tekan ok. Sekiranya tiada, tekan sahaja Install Aptoide di website tersebut. Setelah selesai instalasi, buka Aptoide. Ia akan meminta anda untuk menambah store default. Tekan sahaja ok dan biarkan ia mengemaskini segala senarai aplikasi di store tersebut. Taip nama aplikasi yang anda ingin muat turun dengan menekan icon search. Sekiranya nama aplikasi itu ada di dalam source default tadi, anda boleh terus memuat turun aplikasi itu. Sekiranya tiada, tekan Search in other Stores. Aptoide sekali lagi akan membuka browser anda dan memaparkan nama aplikasi yang anda cari sebentar tadi. Tekan nama aplikasi tersebut dan tekan install. Popup pengesahan instalasi aplikasi akan keluar dan tekan ok. Aplikasi Aptoide akan terbuka dan meminta anda untuk menambah source baru. Tekan ok. Seperti dalam arahan 3, Aptoide akan meminta untuk update senarai aplikasi dalam store yang baru ditambah oleh anda tadi dan tekan ok. Dalam masa yang sama, aplikasi yang anda pilih tadi akan memulakan muat turun file APKnya. Setelah selesai, mulakan instalasi. Kebiasanya file APK ini kecil sahaja. Apabila anda buka aplikasi yang dimuat turun, sekali lagi ia akan memuat turun segala keperluan sebelum memulakan aplikasi itu. Tunggu dengan sabar dan aplikasi tersebut akan boleh digunakan setelah selesai. PERINGATAN: Dengan menanda kotak Unknown Source, peranti anda mungkin akan terdedah kepada aplikasi virus. Muat turun atas risiko anda sendiri. Sebaiknya, gunakan Aptoide yang dikenali sumbernya.

 
Leave a comment

Posted by on September 21, 2013 in App

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s