RSS

EarPods daripada Apple

21 Sep

Apple telah melancarkan earphones baru yang dipanggil EarPods. EarPods ini dibangunkan selama tiga tahun dimana Apple cuba untuk mewujudkan earphones terbaik yang sesuai dengan telinga semua pengguna. Ia direkabentuk untuk mempunyai prestasi bunyi yang lebih baik daripada mana-mana earphone yang pernah Apple hasilkan. Perkara pertama yang boleh didapati, ia mempunyai bentuk yang sangat unik didatangi bersama-sama dengan tiga lubang. Apakah keperluan lubang-lubang ini ? Inilah keistimewaan yang ada pada EarPods Apple. Kebanyakan earphones biasa direka untuk menutup keseluruhan telinga pengguna bagi menghasilkan kualiti bunyi yang baik. Oleh itu, ia biasanya didatangi dengan pelbagai penyumbat telinga pelbagai saiz bagi mengikut kesesuaian pelbagai bentuk lubang telinga pengguna. Ini secara tidak langsung menghasilkan keadaan vakum di dalam telinga. Keadaan vakum di dalam telinga akan menyebabkan bunyi geseran yang kuat dan bunyi nadi apabila pengguna bergerak apatah lagi ketika sedang berjogging. Begitu juga ketika pengguna menjawab panggilan, suara pengguna akan menjadi aneh kerana mereka tidak dapat mendengar suara mereka sendiri dengan pemakaian earphones tersebut. Tiga lubang di EarPods Apple ini mengatasi masalah-masalah di atas. Dengan membolehkan pergerakan udara lebih dalam saluran telinga, ia membolehkan pengguna mendengar suara secara semulajadi kerana resonan dibenarkan bergema kepada gegendang telinga pengguna. Rekabentuknya yang boleh muat pelbagai bentuk telinga pengguna akan menghasilkan bunyi yang lebih akustik dan sedap didengari. EarPods akan didatangi bersama dengan semua produk baru yang dilancarkan Apple. Selain itu ia turut dijual secara berasingan dengan harga RM109.

 
Leave a comment

Posted by on September 21, 2013 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s