RSS

Hubungan Apple dan Google Semakin Baik

21 Sep

Hubungan Apple dan Google sering menjadi perbualan ramai tetapi menurut Eric Schmidt yang memegang jawatan Google Executive Chairman, kedua-dua syarikat kini lebih baik dan mereka mengadakan banyak mesyuarat bersama-sama. Schmidt tidak menjelaskan secara detail apakah isi pertemuan tersebut tetapi mengatakan kedua-dua syarikat sering bertemu secara profesional bagi membincangkan banyak perkara-perkara bisnes. Kebanyakan pertemuan tersebut dihadiri oleh Nikesh Arora, Google Chief Business Officer, yang turut bersama Schmidt ketika ditemubual di Sun Valley, Idaho. Kedua-dua syarikat mempunyai hubungan yang sangat baik suatu ketika dahulu. Schmidt menyertai Apple pada tahun 2006 dan kemudiannya iPhone dilancarkan pada tahun 2007 berserta dengan aplikasi Youtube dan Google Maps. Perkara tersebut mula berubah apabila Google melancarkan Android selepas itu. Di dalam biografi yang ditulis oleh Walter Isaacson, Steve Jobs telah ‘berperang’ dengan Google kerana Android adalah produk curi. “Saya akan menggunakan setiap nafas saya dan sanggup menggunakan setiap dollar daripada $40billion duit Apple di dalam bank untuk memperbetulkan keadaan ini,” kata Steve Jobs. “Saya akan menghancurkan Android kerana ia adalah produk curi, dan saya sanggup berperang ‘thermonuclear’.” Schmidt kemudiannya meninggalkan Apple pada tahun 2009, ketika Google melancarkan Chrome OS. Selepas itu, Apple telah menggantikan Google maps di dalam iOS dengan maps mereka sendiri yang menimbulkan kontroversi kerana mempunyai masalah, dan kemudiannya aplikasi Youtube milik Google juga dibuang daripada iOS. Bloomberg pula melaporkan Schmidt sangat menghormati Apple. “Kami sentiasa bertemu untuk berbincang mengenai banyak perkara. Ini adalah dua syarikat yang berbeza tetapi hebat dan dibanggakan” kata Schmidt. Walaubagaimanapun, persaingan antara kedua-dua syarikat gergasi ini dijangka akan berterusan apabila Apple akan melancarkan iPhone dan iPad baru serta iOS 7 pada bulan September dan Google dikatakan akan berbelanja besar, lebih setengah bilion untuk mempromosikan peranti terbaru daripada Motorola, Moto X yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

 
Leave a comment

Posted by on September 21, 2013 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s