RSS

Kenapa memilih iOS atau Android ?

21 Sep

Sistem operasi (OS) yang popular di dunia kini adalah iOS (Apple) dan Android (Google). Sering sahaja menjadi pergaduhan dan perdebatan di serata dunia termasuk Malaysia. Sedikit sejarah mengenai kedua-dua OS tersebut. iOS dibangunkan oleh Apple pada awal tahun 2004 (Kajian sejak tahun 2000), dan iOS ditunjukkan kepada umum dengan pengenalan iPhone pada tahun 2007. Ketika itu, CEO Google, Eric Schmidt berada di dalam Apple sebagai salah seorang ‘Board Of Directors’. Google dan Apple (Jobs dan Schmidt) merupakan kawan baik sejak sekian lama, sehinggalah Schmidt membangunkan Android. Android, pada tahun 2006 mempunyai rekacipta seperti Blackberry OS, berubah menjadi seperti iOS selepas tahun 2007. Oleh sebab itu lah Steve Jobs menyebut bahawa “Android is a stolen product”. Selepas itu, Steve Jobs merahsiakan tentang iPad yang sedang dibangunkan Apple. Schmidt meletak jawatan di dalam Apple pada Ogos 2009. Sehingga kini, tablet Android langsung tidak dapat menyaingi iPad dan ketinggalan sangat jauh. Dalam acara Motorola baru baru ini, Schmidt secara umum mengakui yang Google ‘terlambat’ masuk ke dalam arena tablet.  Ramai yang bertanya kenapa iOS menjadi pilihan utama dan bukannya Android ? Apa kurangnya Android ? Apa yang iOS boleh buat tapi Android tak boleh buat ? Ini jawapan dia. Fungsi iMessage yang diperkenalkan oleh Apple di dalam iOS 5 sangat mudah dan berguna.

Ya, sekarang sudah ada banyak aplikasi seperti Whatsapp dan sebagainya tetapi iMessage tidak memerlukan aplikasi. Ianya terbina dalam iOS. Jika anda mempunyai Wifi atau 3G, iOS akan automatik menghantar mesej sebagai iMessage percuma kepada penerima yang menggunakan iPhone/iPad/iPod Touch. Jika tiada 3G atau Wifi dan penerima tidak menggunakan iOS, ianya akan dihantar sebagai mesej biasa. iOS lebih stabil berbanding Android. Jarang sekali ‘hang’ atau ‘lag’ melainkan anda Jailbreak. Apa pun Google nampaknya sudah menyelesaikan masalah ini pada Android 4.1 Jelly Bean. Perkembangan yang bagus untuk Android. User interface iOS simple dan mudah digunakan. Bagi sahaja iPhone atau iPad kepada sesiapa, dari kanak-kanak sehinggalah orang tua, semuanya reti bermain tanpa perlu di ajar. Boleh Jailbreak jika anda mahukan widget dan lain lain ‘tweak’. Cloud Service (iCloud) pada iOS juga lebih baik berbanding Cloud Service Android. Lagi fungsi yang baik adalah Facetime dan Airplay. Facetime adalah panggilan video percuma menggunakan Wifi. Kualitinya sangat memuaskan dan sangat mudah untuk digunakan. Airplay pula dapat memainkan apa sahaja yang ada di skrin iPhone/iPad/iPod/Mac termasuk movie, games, gambar dan sebagainya kepada TV di rumah anda (Apple TV berharga Rm 349 diperlukan). Samsung Galaxy SIII juga mempunyai fungsi sama tetapi hanya boleh digunakan pada Samsung Smart TV.

Selain itu, aksesori seperti speaker, jam, radio dan banyak lagi kebanyakannya mempunyai ‘iPod Dock’ dimana anda boleh cucuk iPhone/iPod anda pada aksesori tersebut untuk mendengar lagu dan sebagainya. Aksesori yang mempunyai dock ini seperti sudah menjadi ‘standard’, tetapi malangnya tidak boleh digunakan untuk peranti Android. Oleh kerana terlalu banyak peranti di pasaran, kemaskini OS biasanya sangat lambat. Android terbaru adalah 4.1 Jelly Bean, tetapi majoriti peranti Android masih menggunakan Gingerbread 2.3 yang masih menunggu untuk dikemaskini kepada Ice Cream Sandwich 4.0. Kemaskini Android juga dikawal oleh wakil negara masing-masing, sebagai contoh, Google Galaxy Nexus di US telahpun mendapat Jelly Bean tetapi pengguna di Malaysia masih belum menerima kemaskini tersebut. Sangat Complikated. Berbeza dengan iOS, kemaskininya teratur, mudah dan tidak meninggalkan pengguna model lama. Apa yang mengejutkan, iPhone 3GS yang sudah berumur 4 tahun mendapat kemaskini iOS 6 terbaru (2012) walaupun beberapa fungsi tidak dapat digunakan padanya. Apple merupakan syarikat yang pertama di dunia memperkenalkan App Store untuk membeli aplikasi secara terus di dalam telefon dan kemudiannya ditiru oleh saingan saingan yang lain. Platform iOS jauh meninggalkan saingannya jika dilihat dari segi pasaran aplikasi. Kualiti App Store juga dijaga sangat rapi oleh Apple. Proses untuk meluluskan aplikasi sebelum dimasukkan kedalam App Store sangat ketat dan jika tidak mencapai standard, aplikasi tersebut akan dibatalkan dan ditolak. Ini menunjukkan hanya aplikasi yang baik dan berkualiti sahaja dilepaskan masuk kedalam ekosistem Apple.

App Store kini mempunyai lebih 700 000 aplikasi, 250 000 daripadanya adalah aplikasi HD untuk iPad. Berbeza dengan Android, kebanyakan aplikasi menjadi ‘stretched’ dan pixelated’ kerana terlalu banyak peranti dan perbezaan saiz skrin. Paling teruk kesannya jika anda menggunakan tablet Android. Kebanyakkan apps tidak mengikut resolusi sebenar, dan jika dikemaskini pun, hanya sekadar membesarkan daripada versi smartphone. Pada bahagian ini lah Apple jauh mendahului Google. Produk-produk Apple terkenal dengan ayat seperti “Magical” dan “It just works”. Apple mencipta hardwarenya, Apple juga mencipta softwarenya, dan kedua dua perkara tersebut dapat berkerjasama dengan begitu baik sekali, menghasilkan telefon pintar dan tablet yang sangat laju, tidak mempunyai masalah dan disayangi oleh hampir semua yang menggunakannya. Kajian yang dijalankan, kepuasan pelanggan untuk produk Apple melebihi 90% setiap tahun, jauh meninggalkan HTC di tempat kedua dengan hanya 70%. Kesimpulannya, iOS dan Android masing masing ada kelebihan dan kekurangannya. Android versi Jelly Bean sememangnya hebat, tidak dapat dinafikan. Laju, stabil dan boleh customize mengikut citarasa sendiri. Jauh lebih baik berbanding Ice Cream Sandwich. Tetapi berapa peranti yang sudah mendapat kemaskini Jelly Bean ? Tak sampai 5 pun rasanya. Apa pun akhirnya bergantung kepada OS yang manakah yang lebih sesuai dengan diri anda dan memudahkan kerja anda. Itu yang penting,

 
Leave a comment

Posted by on September 21, 2013 in Info ICT, OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s