RSS

Tips: Mengecas iPhone dengan Lebih Cepat

21 Sep

Ramai yang mempunyai masalah kesuntukan masa dan iPhone mengambil masa yang lama untuk dicas sepenuhnya. Kami akan kongsikan beberapa tips untuk mengecas iPhone dengan betul dan lebih cepat. Jika anda mahu iPhone anda dicas dengan masa paling singkat, matikan iPhone anda. Hal ini akan mengelak penggunaan kuasa ketika pengecasan dan memotong masa mengecas. Jika anda tidak mahu matikan iPhone anda, cuba gunakan ‘Airplane Mode’ yang boleh diakses di dalam Settings. Fungsi ini akan membuatkan iPhone menggunakan kuasa yang sedikit kerana tidak mencari liputan dan signal Wifi. Sekurang-kurangnya jika anda tidak mahu matikan iPhone dan Airplane Mode, jangan gunakan iPhone anda ketika sedang dicas. Lock skrin iPhone anda dengan menekan ‘sleep button’ pada bahagian atas dan biarkan iPhone anda berehat sehingga casnya penuh. iPhone anda akan dicas dengan lebih cepat ketika menggunakan plug berbanding menggunakan USB. Tahukah anda prestasi bateri akan berkurangan jika terdedah kepada suhu yang sangat panas ? Apple menulis “haba akan mengurangkan prestasi bateri anda” dan menasihatkan anda supaya jauhkan iPhone anda daripada panas matahari dan jangan tinggalkan iPhone anda di dalam kereta yang panas (Termasuk di dalam laci kereta). Jika iPhone anda menjadi sangat panas ketika sedang dicas, cabut dan matikan iPhone anda sebentar untuk menyejukkannya. Suhu yang sesuai untuk iPhone adalah sekitar 22 darjah celcius. Jika anda tiada pilihan lain dan perlu mengecas menggunakan USB, terdapat beberapa tips untuk mempercepatkan proses mengecas iPhone anda. Jika anda mahu mengecas iPhone anda dengan pantas ketika dicucuk pada laptop atau komputer, jangan ‘sync’ iPhone anda dengan iTunes. Ini akan mengurangkan penggunaan kuasa dan iPhone akan dicas dengan lebih pantas. Jangan cucuk terlalu banyak USB dalam satu masa. Jika mahu mengecas iPhone, cabut pendrive, external hard disk dan lain-lain yang tidak digunakan untuk memastikan kuasa yang cukup disalurkan kepada iPhone. Ketika mengecas menggunakan USB, jangan biarkan laptop/komputer anda ‘standby’ atau ‘hibernation mode’ kerana ia akan mengganggu proses mengecas dan kadang-kala iPhone anda tidak akan dicas ketika ini. Bagi menjaga bateri lithium, pastikan anda membuat ‘cycle charge’ sekurang-kurangnya sebulan sekali. Caranya adalah cas iPhone anda sehingga 100% dan gunakan iPhone sehingga baterinya betul-betul habis dan terpadam.

 
Leave a comment

Posted by on September 21, 2013 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s