RSS

Nokia Lumia 1020

26 Sep

Teknologi kamera PureView dengan sensor 41-megapixel telah diperkenalkan melalui Nokia 808 PureView pada tahun lepas. Dan tahun ini, pihak Nokia ingin memperkenalkan Nokia Lumia 1020. Nokia Lumia 1020 ini fokus kepada teknologi pengimejan, dimana hadir dengan sebuah aplikasi dinamakan sebagai Nokia Pro Cam. Hanya aplikasi berkenaan sahaja yang menyokong rakaman gambar berkualiti tinggi, manakala aplikasi lain hanya menyokong rakaman sehingga 5-megapixel sahaja. Penggunaan aplikasi berkenaan amat digemari bagi mereka yang meminati bidang fotografi. Ia membawakan sokongan untuk kawalan pelbagai perkara, termasuk ISO, pencahayaan, dan sebagainya dengan mudah. Beberapa tutorial juga disediakan melalui Nokia Care untuk aplikasi ini. Ia menyimpan gambar dalam dua variasi, iaitu pada resolusi penuh dan juga gambar versi 5-megapixel yang boleh di-zoom sehingga 3 kali tanpa kehilangan kualiti imej. Nokia Lumia 1020 ini juga turut menyertakan sokongan penstabilan imej dengan dilengkapi 6-lensa optik Carl-ZEISS dan juga Xenon Flash. Mengenai spesifikasi pula, Lumia 1020 membawakan skrin bersaiz 4.5-inci, menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, memori 2GB RAM dan kamera 1.2-megapixel pada bahagian hadapan untuk tujuan panggilan video serta mempunyai sokongan NFC.  Pihak Nokia juga menawarkan sebuah aksesori berupa kerangka dengan sokongan pengecasan tanpa wayar dan Camera Grip. Ia dapat memberikan bateri tambahan berkapasiti 1020mAh, disamping membawakan sokongan untuk tripod dan juga butang kamera yang lebih selesa untuk digunakan. Sokongan lain yang turut disediakan adalah Glance Screen dan radio-FM. Beberapa aplikasi terbina yang turut didatangkan adalah Office dan juga HERE Maps. Nokia Lumia 1020 ini akan dijual pada harga RM2499 dan boleh didapati dari pasaran tempatan bermula 25 September ini.

 
Leave a comment

Posted by on September 26, 2013 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s