RSS

Samsung Galaxy Note 3

26 Sep

Samsung Galaxy Note 3 merupakan phablet terbaru daripada Samsung. Galaxy Note 3 ini membawakan sedikit perubahan pada rekabentuk dengan menyerupai sedikit rekabentuk Galaxy S2. Bahagian belakangnya telah diubah dengan rekaan seumpama kulit. Bahagian butang Home juga turut dikemaskini, dimana ia lebih selesa untuk digunakan berbanding peranti Samsung lain sebelumnya. Menggunakan slot pengecasan yang baru berasaskan USB 3.0. Kelebihannya, pengguna boleh memindahkan fail dari peranti ke komputer dengan pantas dan  ia mengecas dengan lebih pantas sekiranya dihubungkan ke port USB 3.0 di komputer. Walaubagaimanapun pengguna masih boleh kekal menggunakan kabel pengecasan USB 2.0 untuknya. Selain daripada itu, pihak Samsung juga turut sama menambah baik sokongan kamera pada peranti Galaxy Note 3 ini. Memandangkan ramai yang kini merakamkan pelbagai detik kehidupan, maka kemaskini bahagian kamera telah menjadi salah satu perkara utama pada peranti mudah-alih pengguna. Dilengkapi dengan kamera 13-megapixel serta mempunyai sokongan penstabilan imej digital, disamping dilengkapi sensor BSI. Kamera 13-megapixel yang didatangkan juga turut boleh merakam video pada kualiti 4K. Kebanyakkan fungsi lain, seperti rakaman HDR, Burst Shot dan juga Panorama turut disertakan pada phablet ini. Sokongan S-Pen terus ditambah baik, dimana apabila ia ditekan pada skrin, maka sebuah panel khas hadir dengan pelbagai pilihan menu akses pantas, iaitu untuk Pen Windows, Action Memo, Scrapbooker, Screen Write dan juga S-Finder. Pengguna juga boleh menggunakan S-Pen untuk melukis sebuah kotak pada skrin, dan ia akan membuka akses ke aplikasi dalam tetingkap berbentuk popup. Dijana menggunakan Android 4.3 dan dilengkapi dengan antaramuka TouchWiz daripada Samsung. Beberapa fungsi tambahan juga disertakan, termasuk pengoptimasi penggunaan sebelah tangan. Melalui pilihan baru ini, pengguna hanya perlu melakukan sebuah gesture ringkas, dan ia akan mengecilkan skrin dan pengguna boleh menggunakannya menggunakan sebelah tangan sahaja. Samsung juga turut menyertakan sokongan Samsung KNOX untuk tujuan sekuriti yang lebih baik. Di Malaysia, Galaxy Note 3 versi LTE akan dijual bermula 25 September ini pada harga RM2399.

 
Leave a comment

Posted by on September 26, 2013 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s