RSS

Surface Pro 2 Secara Rasmi

26 Sep

Hari ini, pihak Microsoft secara rasminya memperkenalkan tablet mereka yang terkini, iaitu Surface Pro 2.0. Seperti versi sebelum ini, ia mengekalkan saiz skrin 10.6-inci, dan menjalankan sistem operasi Windows sepenuhnya. Menurut Microsoft, skrinnya memaparkan warna dengan lebih baik dengan dilengkapi teknologi speaker daripada Dolby. Dari segi prestasi pula, 95% lebih pantas berbanding  komputer yang ada pada masa ini. Surface Pro 2 ini juga membawakan prestasi grafik sehingga 50% lebih baik. Prestasi keseluruhan Surface Pro 2 ini dipertingkatkan sehingga 20% berbanding generasi sebelumnya. Pihak Microsoft turut memberikan perhatian kepada bahagian kickstand, dimana ia lebih sesuai untuk digunakan walaupun diatas riba. Dengan dilengkapi cip Intel Haswell, ia memberikan peningkatan prestasi dan juga grafik serta memberikan kesan positif kepada bateri sehingga 75% lebih lama. Pihak Microsoft juga turut memperkenalkan papan kekunci boleh tanggal serba baru, dinamakan Power Cover dengan membawakan tambahan bateri 30wh. Aksesori lain yang turut diperkenalkan adalah Surface Docking Station. Dan melengkapkan pilihan papan kekunci tersebut adalah Type Cover 2, dimana hadir dalam empat pilihan warna, merah jambu, biru, ungu dan juga black. Type Cover 2 ini juga hadir dengan sokongan backlit padanya.

 
Leave a comment

Posted by on September 26, 2013 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s