RSS

Jaringan Usahawan Sedunia

28 Sep

Umum mengetahui terdapat banyaknya program untuk usahawan berasaskan ICT. Dalam membawakan kelainan untuk program sebegini, Brand Geeks Inc ingin mengadakan acara Jaringan Usahawan Nusantara Sedunia pada 9 Oktober 2013 bersempena minggu Global Entrepreneurship Summit 2013. Tujuan diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan komuniti usahawan berbahasa Melayu di rantau Nusantara dan juga sedunia. Ia disasarkan untuk usahawan Nusantara, khususnya daripada Malaysia, Singapura & Indonesia didalam bidang teknologi, kreatif, usahasama sosial & gaya hidup Nusantara serta untuk pelbagai organisasi yang terlibat dengan pembangunan usahawan. Turut bersama dalam program sehari itu adalah perkongsian ilmu dari penceramah yang arif mengenai landskap nusantara antaranya Nadge Ariffin (Pakar Nusantara), Imran Ali (Usahawan & Pakar Pemasaran), Ashida Razali (Usahawan & Mantan Pelabur), dan Adelene Foo serta Aaron Gill. Turut hadir juga Chuo Yan Ping dan Muhammad Dain Othman dimana pasangan ini akan mempersembahkan Wayang Kulit Perperangan Bintang. Antara topik yang akan dibincangkan pada 9 Oktober 2013 adalah : Sediakah Bahasa Melayu Menjadi Bahasa Niaga Nusantara Alternatif ?, Peperangan Bintang, Trend Media Sosial Nusantara Pemangkin Keusahawanan, Teknologi ICT untuk Pusat Membeli-belah Mengorak langkah ke China, Resipi Kejayaan Usaha Kreatif & Teknologi Satu Nusantara, Pertunjukan Fesyen Nusantara, Sesi Sembang Niaga Singapura & Indonesia, Usahasama Sosial melalui Teknologi dalam bidang Pengangkutan, Pemangkinan Inovasi oleh Pengusaha Keci dan Kolaborasi Usahawan dan Korporat. Bagi yang berminat, boleh melakukan pendaftaran awal sebelum 30 September 2013 untuk menikmati diskaun tiket masuk dan mendapat pakej bersama T-Shirt Perperangan Bintang. Pendaftaran Program di : Jaringan Usahawan Nusantara Sedunia.

 
Leave a comment

Posted by on September 28, 2013 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s