RSS

Samsung Galaxy Mega

02 Oct

Suatu ketika dahulu syarikat pengeluar telefon berlumba-lumba menghasilkan telefon mudah alih yang terkecil dan ternipis. Ini adalah kerana pada awal sejarah pembangunan telefon mudah alih, saiznya amat besar dan sukat untuk dibawa kemana-kemana. Obsesi terhadap saiz membawa kepada kegilaan menyatakan berapa milimeter lebih harus peranti tahun ini berbanding peranti versi tahun sebelumnya. Tetapi sejak kebelakangan ini saiz telefon pintar yang lebih besar mula menjadi trend dikalangan pengeluar telefon. Samsung memulakan “perang saiz” dengan mengeluarkan phablet Galaxy Note dengan saiz skrin melebihi 5. Huawei kemudian mengeluarkan Huawei Ascend Mate dengan skrin gergasi 6.1. Secara tak langsung sebuah pengkelasan baru peranti pintar mudah alih telah tercipta.  Samsung juga tidak ketinggalan mengeluarkan peranti di dalam saiz besar dan Galaxy Mega berskrin 6.3 kini tiba di pasaran seluruh dunia. Samsung Galaxy Mega kelihatan seperti sebuah Galaxy S4. Rekaan kemasan tepi, posisi butang, bentuk kasis dan kamera memang 100% menyamai S4. Perbezaan antara dua peranti ini ialah ia mempunyai spesifikasi yang lebih rendah berbanding S4. Galaxy Mega diperkasakan dengan pemprosesan 1.7 GHz Snapdragon 400 dua teras. Kamera utama 8 megapixel dan RAM 1.5 Gigabyte. Menggunakan skrin beresolusi 720P dan bukan HD penuh.  Kapasiti bateri juga diperbesarkan sebanyak 600 mAh menjadi 3200 mAh. Pada penggunaan ringan ia mempu bertahan selama 34 jam tetapi pada penggunaan berat ia mampu bertahan selama 7-8 jam.  Galaxy Mega menggunakan antaramuka Touchwiz yang sama seperti yang dilihat pada S4. Ia boleh berfungsi di dalam mod tablet apabila peranti digunakan pada kedudukan lanskap. Fungsi lain yang diletakkan oleh Samsung kedalam Galaxy Mega ialah air view,  multi window, WatchOn dan smart stay. Fungsi S Health, Air View, EyeScroll, Barometer dan Termometer pula tidak disokong. Ujian penanda aras dilakukan Samsung Galxy Mega ia mencatatkan 6852 markah pada penanda aras Quadrant dan 13699 markah pada penanda aras Antutu. Markah yang dicatatkan adalah memuaskan bagi sebuah peranti dua teras. Kemampuan grafik Galaxy Mega hampir setanding dengan Galaxy SIII. Pada harga RM1599, Samsung Galaxy Mega memang berbaloi untuk dimiliki oleh mereka yang mahukan peranti bersaiz phablet macro/tablet mini dengan pelbagai fungsi yang boleh digunakan.

 
Leave a comment

Posted by on October 2, 2013 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s