RSS

Sony Xperia Z Ultra

04 Oct

Dari segi fizikal ia masih mengekalkan rekaan ergonomik Xperia Z. Butang kuasa dan suara masih terletak di bahagian kanan peranti. Port pengecas terletak di bahagian kiri manakala port MikroSIM serta MikroSD terletak di bahagian kanan diatas butang kuasa. Berbeza dengan XPeria Z, port fon kepala pada bahagian atas peranti tidak tertutup dengan pintu plastik. Pembesar suara Z Ultra juga diletakkan pada bahagian kanan seperti Xperia Z. Secara keseluruhan kemasan Xperia Z Ultra adalah sangat baik.  Apabila diletakkan bersebelahan Samsung Galaxy Mega, Xperia Z adalah jauh lebih besar sungguhpun perbezaan saiz skrin hanya sebanyak 0.1″. Ini adalah kerana bahagian bazel atas serta bawah Z Ultra adalah lebih besar. Xperia Z Ultra lebih selesa digunakan di dalam kedudukan lanskap berbanding potret. Sony menyatakan Z Ultra ialah peranti yang dihasilkan sebagai pemain media (media player) mudah alih.  Terdapat menu tambahan pada bahagian kiri skrin. Dari menu ini anda boleh menyusun aplikasi mengikut abjad, susunan pilihan anda, kekerapan penggunaan dan aplikasi yang dimuat turun. Pilihan untuk memadam aplikasi secara terus dari talam aplikasi seperti iOS juga kini disokong. Xperia Z Ultra didatangi dengan beberapa sokong dari ekosistem ekslusif Sony. Pengguna boleh mengakses Playstation Mobile, Movies Unlimited, Play Memories dan pasaran muzik Sony Walkman. Apabila gambar dimuat naik, anda boleh mengaksesnya melalui televisyen pintar Sony Bravia, peranti Android Sony, kamera pintar Sony dan juga Playstation. Buat masa ini storan sehingga 5 Gigabyte diberi percuma kepada pemilik yang berdaftar dengan Sony. Kamera utama peranti ini adalah 8 Megapixel dan dilengkapi bateri sebesar 3050 mAh. Pada penggunaan ringan ia mempu bertahan selama hampir 23 jam tetapi pada penggunaan berat ia mampu bertahan selama 6-7 jam. Sony Xperia Z Ultra ialah antara peranti yang paling cantik serta kemas binaanya di pasaran. Dengan skrin sebesar 6.4″ ianya juga merupakan telefon pintar terbesar yang boleh anda miliki.

 
Leave a comment

Posted by on October 4, 2013 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s