RSS

Uber Akan Hadir Ke Kuala Lumpur

09 Oct

Tahun ini beberapa syarikat internet popular telah memasuki pasaran tempatan, dan terkini ialah pihak Uber yang turut sama hadir bagi menawarkan perkhidmatan mereka kepada pengguna di Malaysia. Bagi yang tidak mengenali Uber, ia merupakan perkhidmatan yang menghubungkan pengguna dengan pemandu kereta mewah dan teksi untuk ke sesuatu destinasi yang diinginkan dengan citarasa mewah. Ia menyediakan perkhidmatan melalui aplikasi khas, membolehkan pengguna melihat kedudukan semasa kenderaan, membuat tempahan, dan sebagainya. Berbeza dengan penggunaan teksi biasa, pembayaran dilakukan terus melalui Uber, dan bukannya kepada seseorang pemandu. Caj yang dikenakan adalah hampir 50% ke 75% lebih mahal berbanding teksi biasa, memandangkan jenis kenderaan yang digunakan adalah berbeza. Yang menariknya, mereka dilihat memfokuskan kepada pasaran tempatan, dan kedua-dua notis pencarian kerja Uber (GM & Community Manager), memfokuskan kepada mereka yang fasih berbahasa Malaysia. Sebuah akaun Twitter khas, dengan nama pengguna @Uber_KL juga dilihat telah mula digunakan. Di rantau Asia Tenggara pada masa ini, ditawarkan di Singapura terlebih dahulu. Di Malaysia, antara perkhidmatan yang menawarkan tempahan teksi seumpama itu adalah MyTeksi dan juga TaxiMonger.

 
Leave a comment

Posted by on October 9, 2013 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s