RSS

8 Peranti Yang Gagal Di Pasaran

11 Oct

Semalam Samsung memperlihatkan Galaxy Round, peranti dengan skrin melengkung pertama di dunia. Mungkin lenturan skrin peranti yang kelihatan seperti kad kredit dibawah cahaya mentari tengahari ini akan berjaya memikat hati pembeli. Apa yang pasti gimik terkini Samsung ini bukanlah gimik yang paling aneh dalam sejarah penghasilan peranti mudah alih dunia. Di bawah ialah senarai pendek 8 peranti gimik yang pernah dihasilkan dan sebab mengapa kesemunya gagal di pasaran. Pada tahun 2011 dunia masih lagi dilanda kegilaan filem dan televisyen 3D. Kita diberitahu 3D ialah teknologi terkini yang harus dimiliki dan televisyen 3D dibeli oleh First Adopters untuk menonton filem Avatar 3D. Youtube juga mula memberi sokongan menonton video dalam 3D pada tahun ini. Maka secara logiknya sebuah peranti pintar yang boleh merakam gambar serta video di dalam format 3D pastinya akan terjual. Malang bagi LG Optimus 3D apabila peranti ini mula tiba di pasaran. Minat orang ramai terhadap 3D sudah mula perlahan. Masalah utama peranti ini ialah skrin 3D tanpa cermin mata yang digunakan kurang selesa untuk digunakan untuk jangka masa yang lama. Selain masalah tatalan yang tidak lancar ianya juga kerap gagal berfungsi ketika digunakan. Selain peranti 3D, tahun 2011 juga memperlihatkan kelahiran peranti pintar dwi-skrin pertama.

Kyocera Echo ialah peranti Android dengan dua skrin 3.5″ yang boleh dilipat seperti sebuah buku. Pihak Kyocera berharap dengan adanya skrin berkembar pengguna dapat melakukan dua tugasan pada satu masa dengan lebih mudah. Malang bagi Echo ianya tidak mendapat sokongan yang kuat dari pembangun aplikasi bagi memaksimakan potensi sebagai peranti pelbagai fungsi yang terbaik di pasaran. Pernah suatu ketika dahulu telefon bimbut dianggap sebagai aksesori fesyen. Anda pasti ingat menggantung telefon bimbit pada leher adalah dianggap cool. Pada waktu inilah semua orang ingin menggantung telefon Nokia terbaru mereka untuk tontonan umum. Malangnya majoriti telefon bimbit pada ketika itu tidak mempunyai rekaan yang cukup cantik  untuk benar-benar dianggap sebagai aksesori fesyen. Menyedari hakikat itu, pada tahun 2004 Nokia mengeluarkan 7260. 7270 dan 7280 di dalam koleksi Fashion Phone mereka. Nokia 7360 dan 7370 tidak banyak berbeza dari rekabentuk telefon bimbit yang lain tetapi untuk 7380 Nokia memberikan rekaan yang lain daripada yang lain. Nokia 7280 kelihatan seperti sebuah gincu bibir. Ia tidak didatangi dengan papan kekunci fizikal maupun kapasitif. Untuk menaip anda perlu menggunakan roda berputar seperti iPod generasi pertama. Ini membuatkan ianya tidak mesra pengguna.

Teknologi pengenalan suara pada tahun 2005 masih belum sempurna dan bayangkan betapa sukarnya untuk mendail nombor menggunakan telefon ini. apatah lagi hendak menaip SMS. Selain Nokia, Siemens juga cuba memasuki pasaran telefon fesyen. Pada tahun 2003 Siemens dengan bantuan beberapa pereka fesyen dan firma rekaan industi IDEO menghasilkan telefon Xelibri. Sebanyak 8 telefon Xelibri dihasilkan di dalam koleksi telefon fesyen ini dan setiap satunya diharapkan cukup bergaya untuk menjadi aksesori fesyen. Xelibri 6 ialah peranti berbentuk bekas bedak solek. Apabila dibuka terdapat cermin mengelilingi skrin telefon. Beberapa bulan selepas dijual, kesemua telefon di dalam koleksi Xelibri dihentikan pengeluarannya kerana tidak langsung mendapat sambutan. Pada tahun 2003, Nokia telah menghasilkan Nokia 7600 dan diilhamkan oleh rekaan daun. Menurut Nokia rekaan berbentuk daun ini kelihatan lebih semulajadi. Papan kekunci dibahagikan kepada dua barisan di kiri dan kanan skrin sebesar 2″. Masalah utama “Nokia Daun” ini ialah ianya tebal dan berbentuk empat segi. Lokasi pembesar suara dan mikrofon tidak cukup jauh untuk memudahkan anda melakukan panggilan telefon. Bentuk telefon yang paling ergonomik masih lagi segi empat tepat.

Selepas 7600 mengalami kegagalan, Nokia kemudian menghasilkan Nokia 7610 yang masih mengekalkan konsep rekaan daun tetapi kali ini ia berbentuk segiempat tepat. Walaubagaimanapun, 7610 ini antara peranti yang mendapat sambutan hangat kerana rekaannya sehingga kini masih dianggap ikonik. Ramai menyedari kerjasama diantara HTC dan Beats bagi menghasilkan sistem audio terbaik untuk telefon pintar. Kerjasama mereka berakhir minggu lalu apabila Beats membeli semula saham mereka dari HTC bernilai USD 415 Juta. HTC One Max akan menjadi peranti terakhir HTC yang akan mendapatan sokongan Beats Audio. Tetapi sebelum HTC dan Beats, Samsung dan Bang & Olufson pernah bekerjasama untuk menghasilkan peranti mudah alih dengan sistem audio berkualiti tinggi. Kerjasama mereka melahirkan Serena dan Serenata. Kedua–kedua peranti ini bukan sahaja mempunyai bentuk yang aneh tetapi dilengkapi sistem papan kekunci berputar seperti iPod. Serenata memasuki pasaran pada tahun 2008 dan pada waktu itu dinggap mempunyai sistem audio yang terbaik bagi sebuah peranti mudah alih. Kelemahan peranti ini ialah sama seperti Nokia 7280 iaitu kesukaran melakukan fungsi asas seperti menaip SMS. Samsung Serenata juga tidak mendapat sambutan kerana harga jualan USD 1600. Ini adalah sangat mahal bagi telefon peranti mudah-alih ketika itu.

 
Leave a comment

Posted by on October 11, 2013 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s