RSS

Logitech Dengan Aksesori Peranti Mudah Alih

02 Nov

Logitech Malaysia ingin mengumumkan beberapa aksesori khusus untuk iPad Mini. Sebanyak empat aksesori diperkenalkan hari ini dan dua daripadanya khusus untuk iPad Mini iaitu Ultrathin Keyboard Folio dan Folio Protective Case. Bagi pembesar suara pula yang diperkenalkan adalah Z50 Multimedia Speaker dan Z600 Bluetooth Speaker. Ultrathin Keyboard Folio merupakan casing untuk iPad Mini dan disertakan dengan papan kekunci. Integrasi melalui sokongan Bluetooth dan mampu beroperasi selama 2 jam. Kemasan luarnya kalis air dan tahan hentakan serta calar. Folio Protective Case pula merupakan casing tahan lasak dan mempunyai kemasan premium. Seperti Ultrathin Keyboard Folio, kemasan luarnya turut kalis air dan tahan hentakan serta calar. Juga terdapat mod stand untuk meletakkan iPad pada paparan yang sesuai seperti laptop. Z50 Multimedia Speaker merupakan pembesar suara mampu milik dan mempunyai rekaan yang unik. ia didatangkan dalam tiga pilihan warna dan mempunyai kesan bunyi yang baik. Menggunakan jack biasa iaitu 3.5mm. Senang dibawa kemana-mana, tetapi pengguna perlu mempunyai palam kuasa untuk membolehkannya beroperasi. Untuk Z600 Bluetooth Speaker pula, ia merupakan pembesar suara premium dengan sokongan Bluetooth. Kemasannya tampak elegan bersesuaian dengan harga dan kelasnya. Salah satu fungsi menarik ialah, ia boleh mengubah kekuatan suara dengan sentuhan diatas pembesar suara tersebut. Ia boleh disambungkan dengan tiga peranti pada satu masa dan untuk menukar bunyi diantara peranti semudah menekan pause pada satu peranti, dan play pada peranti lain. Selain dari sokongan Bluetooth, sokongan penyambungan melalui USB dan jack normal juga turut hadir. Didatangkan dengan jaminan terhad selama 2 tahun, dan bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkannya daripada pengedar Logitech di Malaysia.

 
Leave a comment

Posted by on November 2, 2013 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s