RSS

Android 4.4 KitKat Diperkenalkan Dengan Beberapa Fungsi Baru

03 Nov

Pihak Google telah memperkenalkan Android 4.4 KitKat dengan beberapa pembaharuan. Kemaskini ini dijangka akan diperkenalkan kepada peranti Nexus terlebih dahulu. Ia membawakan beberapa perubahan dari segi antaramuka. Kurang menggunakan warna biru seperti versi Android sebelum ini, dan lebih banyak menggunakan warna putih dan boleh dilihat pada bahagian bar notifikasi utama. Beberapa elemen rekabentuk baru turut diperkenalkan pada Android 4.4 KitKat. Bahagian carian juga turut diberikan kemaskini dimana pengguna boleh membuat carian dengan hanya menyebut “Okay, Google”. Google Now juga telah dikemaskini dengan beberapa ciri baru, membolehkan pengguna mendapat lebih banyak info melaluinya. Google Now juga boleh diakses dengan hanya swipe dari bahagian kiri skrin. Selain itu, Google Now juga boleh mengetahui apakah laman blog yang sering dibaca oleh anda, dan ia akan memaparkan kandungan baru kepada pengguna apabila seseuatu artikel baru diterbitkan. Pada bahagian kamera, Google telah menambah sokongan HDR+  serta mempunyai pencahayaan yang lebih baik yang merupakan sebahagian daripada teknologi yang ada pada Google+. Satu lagi kemaskini yang diperkenalkan adalah Google Hangouts, dimana ia menggantikan aplikasi SMS di Android. Sekiranya pengguna menerima panggilan daripada mereka yang tidak dikenali, Google secara automatik akan membuat carian di Google Maps, dan memaparkannya sekiranya ia tersenarai di Google Maps. Bahagian buku alamat juga ditambah-baik. Sokongan rakaman skrin juga dilihat disertakan pada Android 4.4 KitKat membolehkan pengguna merakam gerakan skrin mereka dan disimpan dalam format MP4. Sebuah framework untuk akses storan awan turut disertakan. Beberapa sokongan lain adalah termasuk kemaskini aplikasi emel, integrasi sokongan Chromecast, sokongan emoji, sokongan Wireless Printing,  bahagian dialer, dan multi-tasking yang lebih pantas. Nexus 5 akan menjadi telefon pintar pertama menggunakan Android 4.4 KitKat diikuti Nexus 4, Nexus 7 dan beberapa peranti lain.

 
Leave a comment

Posted by on November 3, 2013 in Mobile Phone, OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s