RSS

Celcom Menawarkan Langganan Baru iPhone

03 Nov

Dengan dua telefon pintar iPhone terbaru yang mula dijual di pasaran Malaysia, kini pihak Celcom turut sama tidak ingin ketinggalan untuk menawarkannya, dimana pengguna boleh mendapatkan iPhone 5S dan juga iPhone 5C melalui pakej dan pelan khas untuknya. Pihak Celcom menawarkan empat pilihan pelan yang hadir dengan komitmen bulanan bermula serendah RM98 hingga RM238, membolehkan pengguna membuat pilihan berdasarkan penggunaan tempoh panggilan dan SMS yang diperlukan. Untuk iPhone 5S, pihak Celcom menawarkan ia pada harga serendah RM1638 (Dengan langganan RM238 sebulan selama 24 bulan). Pengguna juga disediakan dengan pilihan lain, termasuk memilih sama ada ingin melanggan selama 12 bulan atau 24 bulan. iPhone 5S merupakan telefon pintar terbaru daripada Apple, dilengkapi dengan cip A7 yang membawakan skrin bersaiz 4-inci dengan paparan Retina, kamera belakang 8-megapixel iSight dan True Tone Flash, serta hadir dengan pengimbas cap jari Touch ID. Telefon pintar ini juga turut menyertakan akses internet pantas melalui rangkaian LTE yang disediakan Celcom. Untuk iPhone 5C pula, pihak Celcom menawarkan ia pada harga serendah RM1308 (Dengan langganan RM238 sebulan selama 24 bulan). iPhone 5C merupakan telefon pintar dengan pilihan pelbagai warna, dan hadir dengan cip pemprosesan Apple A6, paparan 4-inci Retina, dan kamera belakang 8-megapixel iSight. Peranti ini juga turut dilengkapi dengan sokongan rangkaian LTE daripada Celcom. Bagi mendapatkan lebih info berkenaan langganan yang disediakan oleh pihak Celcom, boleh ke halaman rasmi mereka, ataupun ke BlueCube terdekat untuk melihat dan mendapatkan maklumat lanjut berkenaan iPhone 5S dan juga iPhone 5C daripada Celcom.

 
Leave a comment

Posted by on November 3, 2013 in Data Plan

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s