RSS

Find My iPhone

03 Nov

Terdapat beberapa perisian yang menawarkan kebolehan untuk menemui kembali peranti yang hilang, seperti Prey dan sebagainya. Untuk iPhone dan iPad, aplikasi yang ditawarkan secara rasmi daripada Apple adalah Find My iPhone (Turut dikenali dengan nama Find My iPad, Find My iPod, dan Find My Mac). “Find My iPhone” adalah salah satu aplikasi yang ditawarkan oleh Apple sendiri dalam usaha membantu pengguna untuk menemui dan mendapatkan kembali sebarang peranti iOS mereka yang hilang. Aplikasi ini berfungsi melalui penggunaan akaun Apple ID yang secara automatik didaftar ke iCloud. Aplikasi “Find My iPhone” ini memerlukan sambungan internet sama ada melalui WiFi ataupun talian selular untuk ia berfungsi dengan jayanya. Antara fungsi yang terdapat pada aplikasi berkenaan adalah Location & Direction. Membolehkan pengguna mengetahui lokasi peranti iOS anda samaada hilang, tercicir atau tersalah tempat. Ia turut hadir dengan sokongan integrasi aplikasi Maps untuk tujuan penunjuk arah jalan. Play Sound. Sekiranya anda yang tersalah letak peranti iOS anda, boleh membuatkan ia mengeluarkan bunyi yang kuat, walaupun peranti berkenaan dalam keadaan Silent atau Muted.

Lost Mode. Peranti anda boleh dikunci dengan kata laluan 4 angka, sekaligus membolehkan data didalamnya dilindungi, serta memaparkan sebuah mesej khas seperti memaparkan nombor telefon untuk dihubungi bagi mengembalikan peranti berkenaan. Erase. Bagi yang kehilangan peranti, anda boleh memadam semua data didalam peranti berkenaan. Untuk makluman, lokasi peranti tidak boleh dikesan selepas ia dipadam. iOS 7 turut menyertakan sokongan Activation Locked dimana peranti iOS berkenaan akan dipadam dan tidak boleh diaktifkan semula melainkan memasukkan kembali kata laluan AppleID yang asal. Untuk menggunakannya, pengguna perlu memuat-turun dan memasang aplikasi Find My iPhone pada peranti mereka.  Seterusnya, sila ke halaman Setting > iCloud > Daftar masuk akaun AppleID, dan akhirnya pada bahagian bawah halaman berkenaan, tetapkan “On” pada Find My iPhone. Seterusnya, kembali ke halaman Setting semula, dan piliha Privacy > Location Services, dan aktifkannya. Akhir sekali, pada Location Services, tatal sehingga ke bahagian bawah, dan pada Find My iPhone, tetapkan kepada “On”. Anda juga boleh memilih Set Off pada Status Bar Icon, sekaligus menggelakkan pencuri mengetahui dimana peranti anda sedang dikesan.

Sekiranya anda menggunakan Mac, anda hanya perlu membuka halaman System Preferences, dan seterusnya pada iCloud, daftar masuk akaun Apple ID anda, dan aktifkan Find My Mac. Sekiranya peranti anda hilang, tercicir atau dicuri, terdapat dua kaedah mudah untuk mengesannya kembali. Melalui peranti iOS rakan. Buka aplikasi Find My iPhone, dan daftar masuk menggunakan akaun Apple ID anda. Seterusnya pada pilihan yang diberikan, pilih peranti iOS atau Mac yang hilang atau tercicir. Pada skrin yang sama juga, pengguna boleh ketahui lokasi peranti mereka, serta menetapkan sama ada ingin mengeluarkan bunyi, ingin mengunci peranti ataupun memadam data didalamnya. Untuk melihat arah perjalanan ke lokasi. pengguna hanya perlu klik pada ikon kereta yang terletak pada penghujung atas-kanan aplikasi berkenaan. Sekiranya menggunakan komputer, anda hanya perlu ke laman iCloud.com, dan seterusnya daftar masuk menggunakan akaun Apple ID anda. Klik pada ikon Find My iPhone, dan seterusnya menggunakan paparan yang hadir, pengguna boleh mengetahui lokasi semasa peranti mereka, disamping membuat beberapa kawalan seperti mengeluarkan bunyi, mengunci peranti ataupun memadam data didalamnya.

 
Leave a comment

Posted by on November 3, 2013 in App, Security

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s