RSS

Logitech Mengumumkan Aksesori iPad Air

03 Nov

Pada minggu lepas, pihak Apple telah memperkenalkan tablet terbaru mereka iaitu iPad Air, dan hari ini Logitech Malaysia mengumumkan beberapa aksesori tambahan untuk tablet berkenaan. Antara aksesori yang ditawarkan adalah Ultrathin Keyboard Cover, Ultrathin Keyboard Folio, dan juga Folio Protective Cover. Ultrathin Keyboard Cover merupakan papan kekunci yang dilengkapi dengan pelindung, membolehkan pengguna menghubungkan ia melalui Bluetooth dan menggunakannya untuk tujuan menaip dengan lebih pantas. Turut dilengkapi dengan klip magnetik khas untuk dihubungkan ke iPad Air, dan bertahan sehingga 3 bulan dengan sekali cas. Logitech Ultrathin Keyboard Cover ini akan dijual pada harga saranan RM299. Logitech Ultrathin Keyboard Folio pula membawakan pelindung depan dan belakang, serta dilengkapi dengan papan kekunci yang dihubungkan melalui Bluetooth. Ia juga menyokong untuk pengguna mendirikan ia bagi digunakan ketika proses menaip ataupun ketika ingin menikmati sebarang kandungan ketika menggunakannya. Ultrathin Keyboard Folio ini akan dijual pada harga saranan RM329 di Malaysia. Dan akhir sekali, Logitech Folio Protective Case yang hanya pelindung untuk iPad Air tanpa sebarang papan kekunci. Selain boleh mendirikan tablet dalam beberapa posisi, ia juga melindungi tablet berkenaan daripada calar dan sebagainya. Logitech Folio Protective Case akan membawakan harga saranan RM159 di Malaysia. Ketiga-tiganya direka khas untuk iPad Air, dan dijangka akan dijual di pasaran tempatan selepas tablet berkenaan ditawarkan di sini.

 
Leave a comment

Posted by on November 3, 2013 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s