RSS

Maxis Dan Spotify Bekerjasama Secara Rasmi

03 Nov

Lanjutan daripada pengenalan perkhidmatan langganan Spotify melalui Maxis dan Hotlink pada kadar RM10 sebelum ini, hari ini kedua-dua syarikat tersebut mengumumkan kerjasama secara rasminya, dan akan mula memasarkan perkhidmatan baru ini secara lebih meluas. Dengan kerjasama ini, pengguna Maxis boleh mengakses lebih 20 juta lagu di Spotify pada harga langganan RM10 sebulan berbanding harga langganan biasa pada kadar RM14.90. Perkara ini membolehkan Maxis menawarkan perkhidmatan tambah nilai kepada pelanggan mereka. Maxis sendiri, dilihat menggunakan slogan “Malaysia’s Best Data Network” pada web rasmi, dan kita akan dapat melihat mereka hadir dengan pelbagai tawaran memfokuskan kandungan melalui internet dan sebagainya selepas ini. Melihat kembali, pihak Maxis telah menawarkan kedai buku digital mereka sendiri dinamakan sebagai Maxis eBuuk, serta menyediakan aplikasi permesejan Toot! Messenger dan menyediakan ruangan simpanan awan mereka iaitu Loker. Dengan penambahan perkhidmatan Spotify dalam perkhidmatan Maxis, satu lagi arena yang dinantikan adalah video. Pihak Maxis buat masa ini sedang menyediakan aplikasi YoomobTV, tetapi tidak dipasarkan secara meluas buat masa ini. Maxis juga sedia mengumumkan kerjasama dengan Astro untuk menawarkan Astro IPTV melalui Maxis Home. Bercakap mengenai video, pesaing mereka iaitu Celcom sedia menawarkan ESCNow kepada pelanggan mereka, sementara DiGi pula sedia bekerjasama dengan Viki bagi menyediakan perkhidmatan video mereka.

 
Leave a comment

Posted by on November 3, 2013 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s