RSS

Pembangunan Aplikasi Untuk Samsung

03 Nov

Samsung terkenal dalam pelbagai pengeluaran peranti elektronik, daripada telefon pintar hinggalah kepada televisyen, mesin basuh, penghawa dingin dan sebagainya. Selain dalam pengeluaran peranti, Pihak Samsung kini telah memfokuskan kepada pembangunan perisian dan aplikasi. Melalui acara Samsung Developer Conference, pihak Samsung telah berkongsi mengenai beberapa perkara, termasuk melancarkan SDK terbaru mereka dengan sokongan multiscreen bagi memudahkan pembangun hadir dengan aplikasi yang dioptimasikan dari skrin peranti mudah-alih ke skrin televisyen dll. Apa yang dapat dilihat daripada acara ini juga, Pihak Samsung ingin pembangun hadir dengan aplikasi yang lebih dioptimasikan untuk peranti mereka. Beberapa aplikasi dipertontonkan pada acara ini, termasuk salah satunya adalah aplikasi Twitter untuk tablet yang khusus untuk Galaxy Note 10.1 2014. Pada masa yang sama, pihak Samsung juga turut berkongsi beberapa perkhidmatan sedia ada daripada mereka, dan salah satunya adalah Samsung AdHub yang membolehkan pembangun mengintegrasikan iklan dengan mudah pada aplikasi mereka dan menjana wang melaluinya. Samsung juga turut berkongsi mengenai API untuk ChatOn dan juga Samsung Wallet. Pelbagai perkembangan ini telah memperlihatkan Samsung ingin menarik lebih ramai pembangun untuk platform mereka, sekaligus menguntungkan pengguna peranti Samsung. Menurut Samsung, pada tahun lepas sahaja lebih 250 juta peranti telah terjual dan sebanyak 2 televisyen pintar dijual mereka setiap saat. Dengan Samsung melangkah ke arena perisian dan aplikasi dengan lebih serius, kita akan dapat melihat ia bersaing lebih erat bersama Apple.

 
Leave a comment

Posted by on November 3, 2013 in App

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s