RSS

Samsung Galaxy Note 10.1 2014

03 Nov

Rekaan dan kemasan Samsung Galaxy Note 3 digunakan semula pada Note 10.1 edisi 2014 ini. Perbezaan hanyalah dari segi kedudukan butang dan port peranti. Butang kuasa dan suara kini terletak pada bahagian atas, Begitu juga dengan pemancar infra merah. Pada kedua-dua bahagian tepi kini terdapat pembesar suara stereo. Pada bahagian kiri peranti juga terdapat tempat penyinmpan stylus. Dari segi saiz, stylus Note 10.1 panjang sedikit dari Note 3. Perbezaan panjang adalah lebih kurang 5 sentimeter. Pada bahagian bawah terletak mikrofon dan juga port pengecas USB 2.0.  Ini adalah berbeza dari port pengecas 3.0 yang digunakan pada Note 3.  Beberapa lagi perbezaan diantara tablet ini dan phablet Note 3 ialah tiada sokongan NFC, tiada kemampuan mengambil video pada resolusi 4K, kamera yang lebih kecil, tiada fungsi Air Gesture dan tiada fungsi S Health. Secara kesuluruhan rekaan peranti adalah cukup memuaskan kerana bahagian belakang yang lebih kukuh dan kelihatan seperti diperbuat daripada kulit. Tablet ini lebih selesa dipegang kerana tekstur kasar bahagian belakangnya menyukarkannya untuk tergelincir dari genggaman pengguna. Samsung Galaxy Note 10.1 dilengkapi dengan skrin LCD 10.1″. Ia berfungsi pada resolusi melangkaui HD 2560 x 1600 pixel. Paparan skrin peranti ini memang cantik dan terang. Tiada talam pintasan pada bahagian bawah skrin. Pada bahagian bawah kiri dan kanan skrin hanya terdapat pintasan untuk talam aplikasi dan carian Google. Pada kedudukan potret 7 ikon aplikasi boleh disusun secara mendatar. Ini berbeza dengan hanya 4 ikon pada Note 3 dan 5 pada Samsung Mega. Talam notifikasi juga kini bewarna putih bukannya hitam seperti yang ada pada Note 3 dan Mega. Aplikasi My Magazine Samsung juga kini berfungsi pada kedudukan lanskap.

 
Leave a comment

Posted by on November 3, 2013 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s