RSS

Sony Xperia Z1

03 Nov

Xperia Z1 ialah peranti terkini keluarga Xperia dan ianya membawa beberapa penambahbaikkan dari Xperia Z. Dari segi fizikal ia masih mengekalkan rekaan ergonomik Xperia Z yang memudahkan pengendalian. Butang kuasa dan suara masih terletak di bahagian kanan peranti. Port pengecas MikroUSB dan MikroSD terletak di bahagian kiri. Pada bahagian kanan terletak slot MikroSIM. Berbeza dengan XPeria Z, port fon kepala pada bahagian atas peranti tidak tertutup dengan pintu plastik. Pembesar suara Z1 pula terletak pada bahagian bawah dan saiznya kini lebih bersar. Secara keseluruhan kemasan Xperia Z1 adalah lebih kemas dan selesa dipegang dari Xperia Z dan Z Ultra. Xperia Z1 juga lebih panjang berbanding Z sungguhpun kedua-duanya mempunyai skrin sebesar 5″. Ini adalah kerana bahagian bezel atas dan bawah Z1 adalah lebih besar bagi memudahkan anda memegangnya pada kedudukan lanskap. Dari segi spesifikasi Z1 dilengkapi pemproses 2.2 GHz empat teras Snapdragon 800 yang digunakan pada Z Ultra. Saiz muatan dalaman dan RAM juga serupa dengan makro-phablet Z Ultra. Perbezaan ketara hanyalah pada kamera utama yang membawakan sensor 20.4 Megapixel dengan teknologi G Lens. Menurut Sony, G Lens mereka menghasilkan imej yang setanding dengan teknologi lensa Carl Zeiss yang digunakan pada peranti Nokia. Antaramuka Xperia Z1 adalah serupa dengan Z Ultra cuma ia tidak menyokong antaramuka tablet apabila peranti dipegang pada kedudukan landskap. Seperti Z Ultra, Z1 juga didatangi dengan sokongan memancarkan kandungan Youtube terus ke Playstation 3 atau Chromecast. Aplikasi Movies Unlimited Sony juga turut disertakan. Kesimpulannya Z1 mempunyai kesemua kekuatan yang ada pada Z Ultra. Bolehlah dikatakan kerana spesifikasi yang hampir serupa, Z1 ialah Z Ultra yang dikecilkan dan lebih mudah dipegang. Z1 dan Z Ultra mempunyai spesifikasi pemproses dan RAM yang serupa tetapi apabila ujian penanda aras dilakukan Z1 mencatat markah yang lebih tinggi. Untuk ujian Quadrant Z1 mencatatkan 20534 berbanding 19795 pada Z Ultra. Pada ujian Antutu pula Z1 mencatat 33759 berbanding 33546 pada Z Ultra. Fungsi paling menarik pada Z1 ialah AR Effect dimana objek 3D beranimasi muncul di dalam gambar yang diambil menggunakan teknologi Augmented Reality. Timeshift Burst pula ialah fungsi baru dimana 61 gambar diambil dalam masa 2 saat sebelum dan selepas butang kamera ditekan bagi memastikan anda tidak ketinggalan menangkap sebarang aksi penting. Fungsi Social Live pula pula membolehkan anda melakukan rakaman video lintas langsung ke Facebook terus dari Xperia Z1.

 
Leave a comment

Posted by on November 3, 2013 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s