RSS

TM Melancarkan Inisiatif “My1Hub”

09 Nov

Telekom Malaysia hari ini telah melancarkan beberapa inisiatif untuk memenuhi keperluan komunikasi rakan usahasama tempatan dan juga antarabangsa yang dinamakan sebagai My1Hub. Selain itu, pihak TM juga turut melancarkan IIGW (Iskandar International Gateway) pada acara yang sama. My1Hub ini menyediakan sebuah hab sehenti neutral yang membolehkan sambungan menyeluruh dari Malaysia ke seluruh negara. Untuk menjayakannya, TM akan membuat kabel dasar laut seperti Cahaya Malaysia yang dimiliki TM sepenuhnya dan menghubungkan Malaysia–Hong Kong–Jepun. Pihak TM juga merupakan ahli konsortium untuk sistem kabel Batam-Dumai-Melaka yang menghubungkan Malaysia ke Indonesia. Untuk Iskandar International Gateway (IIGW), TM akan membuat pelaburan untuk menyediakan hab bagi memenuhi keperluan pusat data dan kandungan. Dengan pengenalan ini, ia sekaligus menjadikan Malaysia berada di dalam kedudukan yang baik sebagai pusat data bertaraf dunia di Asia Pasifik. Semua nod My1Hub akan dihubungkan ke stesen pendaratan kabel di Malaysia pada kapasiti jalur lebar yang tinggi, bagi menyumbang kepada perkhidmatan yang lebih pantas. Cahaya Malaysia akan menyediakan sambungan 560Gbps di antara Malaysia ke Jepun dan Hong Kong dengan berkeupayaan sehingga 6.4Tbps. Cahaya Malaysia akan menyediakan infrastruktur yang diperlukan bagi sambungan antarabangsa secara menyeluruh bagi menyokong perkhidmatan HSBB dan IP negara. Sistem kabel ini menggunakan teknologi 40Gbps terkini dan dengan keupayaan untuk menyokong teknologi gelombang 100Gbps pada masa akan datang. Ini membolehkan penyediaan perkhidmatan lebih pantas dan sekaligus memenuhi keperluan industri. Iskandar International Gateway (IIGW) diperkukuhkan dengan pelbagai sambungan yang digabungkan terus kepada stesen pendaratan kabel TM bagi memastikan infrastruktur rangkaian di Iskandar Malaysia dapat memenuhi permintaan data dan perkhidmatan yang pesat dengan kelajuan sehingga 10Gbps. Terletak secara strategik di Nusajaya, Johor, IIGW merupakan metropolis serantau yang membangun, dan berkembang pantas dengan rangkaian generasi yang stabil, boleh ubah dan pelbagai untuk memperbaiki prestasi perkhidmatan dan memberikan pengalaman jalur lebar yang menyeluruh.

 
Leave a comment

Posted by on November 9, 2013 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s