RSS

My Passport Slim 1TB

13 Nov

Evolusi storan digital telah menyaksikan pertumbuhan mendadak seiring kehendak pengguna professional yang semakin berkebolehan untuk mencipta dan menghasilkan karya definisi tinggi. Tidak terhad kepada pengguna professional, pengguna normal juga memerlukan storan berkapasiti tinggi untuk menyimpan data, disamping menyimpan dokumen-dokumen penting. Western Digital pada bulan lepas telah melancarkan produk terbaru mereka My Passport Slim. Disebalik nama My Passport Slim itu,  peranti storan mudah alih yang nipis dan elegan ini mempunyai kapasiti pilihan yang besar bersaiz 1TB dan 2TB dan didatangkan pada satu warna sahaja iaitu warna perak. My Passport Slim adalah ternipis dan teringan serta membawakan kemasan besi untuk menambah ketahanan peranti tersebut. Turut disertakan adalah beg kain khusus untuk peranti ini. Peranti ini juga didatangkan dengan sokongan penyambungan USB 2.0 dan USB 3.0 untuk penghantaran data yang pantas. Turut disertakan perisian WD SmartWare Pro yang membolehkan pengguna membuat penyalinan data bersistematik. Sekiranya dahulu pengguna menyalin semua data tanpa mengetahui adakah data tersebut telah disalin ke peranti lain, dengan perisian ini pengguna boleh memilih dokumen tertentu untuk disalin secara automatik. Perisian tersebut juga membolehkan pengguna membuat salinan data dari akaun Dropbox ke peranti storan digital pengguna. Peranti ini boleh didapati pada harga RM 309 untuk kapasiti 1TB dan kapasiti 2TB pada harga RM489. Kedua-duanya membawakan waranti selama 3 tahun.

 
Leave a comment

Posted by on November 13, 2013 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s