RSS

Papan Kekunci Logitech G19S

13 Nov

Sejak 10 tahun kebelakangan ini kerjaya sebagai seorang pemain permainan komputer secara professional semakin mendapat pengiktirafan dunia. Pasukan Orange E-Sports yang mewakili negara ke pertandingan The International DOTA2 berjaya memenangi tempat ketiga. Oleh sebab itu, pasaran aksesori komputer untuk pemain komputer professional juga semakin banyak di pasaran. Antara nama besar yang menghasilkan kelengkapan e-sukan professional ialah Logitech. Logitech G19s ialah papan kekunci khas untuk permainan komputer terkini mereka. Papan kekunci ini dilengkapi dengan sistem paparan LCD kecil, 12 butang makro yang boleh diprogram serta pencahayaan kekunci dengan pilihan 16 juta warna. Papan kekunci ini dibina daripada plastik yang teguh. Ianya juga agak berat bagi memastikan papan kekunci tidak bergerak ketika anda kusyuk bermain. Dilengkapi dengan pelapik tangan yang boleh dipasang apabila perlu. Butang yang digunakan pada G19s diperbuat daripada plastik berkualiti tinggi. Permukaan setiap butang disaluti dengan bahan oleophobic bagi memastikan ianya tidak melekit sepanjang tempoh penggunaan.

G19s juga dilengkapi denga butang kawalan multimedia pada bahagian kanan sebelah atas serta dua port USB 2.0. Butang kawalan suara papan kekunci ini adalah dari jenis roda berputar dan ini memudahkan pengguna mengawal tahap kekuatan bunyi. Butang roda berputar ini juga digunakan bagi mengawal tahap keterangan lampu butang kekunci. Perkara pertama yang anda sedari tentang G19s ialah barisan 12 butang tambahan pada bahagian kiri papan kekunci. Kesemua butang yang dikumpulkan di dalam 3 kluster berbeza ini boleh diprogramkan dengan makro pilihan pengguna. Terdapat juga 3 butang memori bagi membolehkan anda menyimpan sehingga 36 makro berbeza mengikut keperluan. Jelas sekali G19s dibina khas untuk penggemar permainan Real Time Strategy (RTS) seperti Dota dan Starcraft. Jika anda tidak berminat memprogram butang-butang ini secara manual, G19s sudah terbina dengan beberapa preset untuk beberapa permainan komputer popular. Ini semua dilakukan melalui perisian Logitech Gaming yang turut disertakan. Sebagai contoh untuk Bioshock, 12 butang tambahan yang dinyatakan tadi dipadankan dengan kuasa- kuasa Plasmidnya sendiri.

Ini menjimatkan masa anda dari melakukan pemilihan setiap kali kuasa Plasmid ingin digunakan. Selain menyimpan tetapan butang untuk permainan komputer yang anda pilih, program Logitech Gaming juga digunakan bagi menetapkan warna lampu yang mewarnai butang kekunci. Anda boleh memilih apa sahaja warna yang anda mahukan. Menurut Logitech papan kekunci ini boleh memaparkan sehingga 16 Juta warna. Pada papan kekunci terdapat butang M1, M2 dan M3. Butang-butang ini boleh diprogramkan untuk menukar cahaya lampu butang kekunci kepada 3 warna berbeza sekiranya perlu. Skrin LCD berwarna penuh pada bahagian tengah G19s boleh dilaras kedudukannya mengikut kehendak pengguna. Skrin ini boleh memaparkan maklumat penting seperti penggunaan RAM, tahap penggunaan CPU, berita dari sumber RSS dan juga menonton video. Terdapat LCD pada papan kekunci dengan dilengkapi pelbagai fungsi menarik. Kewujudan skrin LCD ini juga mengakibatkan G19s memerlukan adaptor kuasanya sendiri. Logitech G19s dijual pada harga RM699 sebuah.

 
Leave a comment

Posted by on November 13, 2013 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s