RSS

Mari Mengenali Angka Ketahanan IP

20 Nov

Sejak akhir-akhir ini banyak pengeluar hadir dengan beberapa peranti tahan lasak seperti kalis air dan habuk. Setiap peranti ini diberi nilai IP untuk mengetahui setakat manakah telefon tersebut tahan dari segala aspek. Kita sering dengar IP54, IP57, IP58, tetapi apakah maksud disebalik angka tersebut ? Pada umumnya, IP tersebut membawa maksud ‘Ingress Protection’ dan setiap peranti yang hadir dengan nilai IP ini menentukan sejauh tahap perlindungan yang diberi. Untuk mengenal pastinya, selepas anda melihat singkatan ‘IP’, ia diikuti dengan dua digit dari 0-6 dan 0-8. Apabila kedua angka-angka ini digabungkan, ia menunjukkan bagaimana peranti ini diberi perlindungan sama ada pada ketahaan binaan dan juga perlindungan daripada air. Sebagai contoh, Xperia Z mempunyai angka IP55 dan IP57. IP55 membawa maksud “Perlindungan daripada habuk yang dapat mengganggu kelancaran operasi di dalam peranti” dan “Perlindungan daripada air pancuran tekanan rendah”. Untuk IP57, ia “Perlindungan daripada habuk yang dapat mengganggu kelancaran operasi di dalam peranti” dan “perlindungan daripada rendaman sehingga 1 meter”. Salah satu cara membolehkan pengeluar hadir dengan spesifikasi IP ini dengan mendatangkan penutup pada binaan telefon seperti pentutup di bahagian port USB, headphone jack 3.5 mm, dan port HDMI. Walaupun telefon yang hadir dengan spesifikasi ini dapat memberi banyak manfaat dari segi keselamatan dan perlindungan tambahan, soalan seperti “Bolehkah telefon jenis ini hadir tanpa sebarang penutup tersebut ?”, mungkin akan terjawab tidak lama lagi.  Teknologi baru yang diberi nama Crystalusion Liquid Glass dapat menghadirkan spesifikasi ketahanan IP yang tinggi tanpa perlu didatangkan dengan penutup sebagai perlindungan pada peranti. Baru-baru ini, Sony Xperia Z Ultra yang diberi angka IP58 hadir dengan lubang headphone jack 3.5mm yang dibiarkan terdedah tanpa sebarang perlindungan, walaupun pada bahagian port lain dilindungi dengan penutup tambahan padanya. Sekiranya teknologi ini digunakan lebih meluas pada masa akan datang, ia dapat menjadi penyelesaian kepada permasalahan ini. Tiada lagi penutup yang menyukarkan pengguna dan tiada lagi masalah penutup longgar atau ‘haus’ pada port sambungan telefon. Dengan kehadiran teknologi ini juga kita akan dapat lihat lebih banyak lagi perant hadir dengan ketahanan yang tinggi dan tidak lagi terhad kepada peranti yang direka spesifik untuk tahan lasak seperti mana Sony lakukan pada peranti Xperia mereka.

 
Leave a comment

Posted by on November 20, 2013 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s