RSS

Pembesar Suara Sonos Playbar

20 Nov

Semakin hari semakin banyak peranti yang boleh berinteraksi antara satu sama lain. Mengambil konsep ini, Pihak Sonos memperkenalkan pembesar suara Sonos Playbar untuk pengguna. Bagi yang tidak mengenali Sonos ini, mereka merupakan pengeluar rangkaian pembesar suara Hi-Fi tanpa wayar dari Amerika. Pengguna boleh menghubungkan ia ke televisyen dan pelbagai sumber audio melaluinya. Pemasangannya juga amat mudah dan pantas, dimana pengguna perlu menghubungkan kabel kuasa dan juga kabel optikal audio. Untuk tujuan kawalan, Sonos Playbar akan sync alat kawalan televisyen sedia ada secara automatik. Keunikan sistem ini adalah ia bebas diletakkan di mana-mana di dalam rumah dan turut boleh dikawal menerusi aplikasi pada telefon pintar.  Sekiranya anda mempunyai lebih dari satu unit Sonos, anda boleh memainkan muzik berlainan untuk ruang yang berlainan dan kesemua integrasi ini adalah dengan bantuan sambungan internet. Setiap unit Sonos perlu disambung pada WiFi supaya dapat dikawal menggunakan peranti lain. Sonos Playbar membawakan fungsi utama sebagai pembesar suara teater di rumah. Didatangkan dalam kemasan berwarna hitam serta tampak elegan. Binaan dalamannya menggunakan gabungan 9 pembesar suara, menjamin keperincian setiap bunyi yang didendangkan. Terdapat butang kawalan pada tepi pembesar suara untuk mematikan bunyi ataupun untuk tujuan mengawal tahap kekuatan bunyi. Sonos Playbar menggunakan kuasa pada tahap rendah untuk sentiasa kekal dan sedia beroperasi. Di belakang terdapat 3 jenis sambungan iaitu sambungan bekalan kuasa, sambungan router menggunakan kabel LAN RJ45, serta sambungan kabel optikal audio. Turut mempunyai fungsi untuk integrasi bersama aplikasi muzik yang lain seperti Deezer dan juga Spotify. Integrasi untuk Spotify memerlukan langganan berbayar Spotify. Anda juga boleh membuatkan Sonos Playbar tersebut memainkan lagu yang ada pada telefon anda. Sonos Playbar boleh dibeli pada harga RM3339.

 
Leave a comment

Posted by on November 20, 2013 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s