RSS

Alicia Keys, Pengarah Kreatif Blackberry

26 Nov

BlackBerry telah melaporkan kerugian sebanyak USD$1billion pada suku tahun 2013, selain turut bakal memberhentikan hampir 40% perkerja. Tetapi jangan khuatir tentang satu staf mereka yang terkenal iaitu Alicia Keys. Jawatan beliau tidak terjejas. Alicia Keys masih kekal sebagai “Creative Director” hingga ke hari ini. Pada Januari lalu, CEO Blackberry Thorsten Heins melantik penyanyi R&B tersebut dengan jawatan itu, serta menjadi duta kepada jenama berkenaan. Alicia Keys bukan selebriti pertama diberi “jawatan” dalam industri teknologi. Pada tahun 2010, Lady Gaga juga menjadi pengarah kreatif untuk Polaroid, Will.I.Am dilantik pengarah inovasi kreatif untuk Intel dan Lenovo melantik pelakon Ashton Kutcher sebagai seorang “jurutera”. Alicia Keys pernah memberi gambaran tentang kerjanya bersama Blackberry sebagai tugasan yang besar dan memerlukan beliau berkerja rapat dengan pereka aplikasi, pembangun kandungan, syarikat telekomunikasi untuk meneroka platform tersebut dan mencari idea baru untuk masa depan syarikat berkenaan. Menurut salah seorang wakil BlackBerry, Alicia Keys dikatakan telah membantu mempromosikan Blackberry kepada rangkaian sosial beliau yang amat luas. Beliau juga banyak menyokong kemasukan wanita dalam STEM (Science, Technology, Engineering and Math) dan memupuk semangat di dalam program biasiswa Blackberry. Secara keseluruhannya, Alicia Keys mempromosikan jenama Blackberry melalui media, kerja amal dan inisiatif sosial mirip dengan langkah-langkah diambil Hewlett-Packard dengan penyanyi Gwen Stefani. Semestinya, dengan persaingan sengit dalam arena pengeluaran peranti mudah-alih, ia bukan kesalahan Alicia Keys sekiranya BlackBerry mengalami kerugian. Bagi anda, adakah trend mengambil artis dan selebiriti oleh syarikat teknologi membantu sesuatu syarikat tersebut ? Sekiranya pengambilan duta seperti dilakukan pelbagai jenama, termasuk Samsung Malaysia dan juga Sony Malaysia, ia merupakan sesuatu yang berbeza, dimana mereka hanya sekadar mempromosikan sesuatu jenama. Tetapi untuk mereka yang mempunyai jawatan dalam syarikat, sebagai contoh seperti “Pengarah Kreatif”, adakah ia membantu, ataupun sebaliknya ?

 
Leave a comment

Posted by on November 26, 2013 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s