RSS

Google Glass – Kaca Mata Pintar Google

26 Nov

Sejak diperkenalkan oleh Google mengenai projek Google Glass, ia telah mendapat perhatian ramai pihak dan ramai yang ingin mencubanya sendiri apakah perbezaan yang dibawakan oleh Google Glass. Google Glass merupakan “kaca mata pintar”, yang membolehkan pengguna membuat pelbagai tugasan melalui “hujung mata” mereka. Google Glass secara kasarnya merupakan bingkai yang dilengkapi dengan sebuah kaca khas pada bahagian hadapan untuk membolehkan pengguna melakukan beberapa tugasan, melihat kemaskini emel, mesej, serta beberapa sokongan lain termasuk integrasi navigasi.  Boleh dikendalikan menggunakan arahan suara, dengan permulaan perkataan adalah “Ok, Glass”. Beberapa fungsi seperti merakam gambar, video dan sebagainya boleh dibuat tanpa menghubungkan ia kepada telefon pintar, tetapi untuk akses internet dan untuk membuat panggilan serta sebagainya, perlu dihubungkan ke telefon pintar melalui WiFi ataupun Bluetooth. Sekiranya di lokasi ramai orang, dan tidak ingin menggunakan arahan suara, maka pengguna diberi pilihan untuk membuat kawalan dengan bahagian touchpad pada bahagian tepi Google Glass. Pengguna perlu swipe ke depan dan belakang untuk akses menu, dan tap untuk memasuki atau memilih sesuatu perkara. Untuk bahagian kamera pula, ia dilengkapi 5 MP yang membolehkan rakaman gambar dan juga video pada kualiti 720p. Untuk setiap video dihadkan kepada 10 saat, tetapi boleh dilanjutkan dengan menekan butang fizikal pada bahagian atas bingkai berkenaan. Membawakan sokongan storan sehingga 16GB dan hanya 12GB boleh digunakan. Bagi sokongan audio pula, menggunakan bone conduction tetapi kualiti bunyinya kurang baik, apatah lagi digunakan di lokasi yang ramai orang. Untuk mengatasinya, pihak Google menyertakan sebuah earbud untuk kualiti bunyi yang lebih baik selain membawakan sokongan panggilan dan Hangouts. Turut membawakan sokongan akses pantas untuk 10 orang dengan menggunakan aplikasi MyGlass. Beberapa aplikasi utama seperti Twitter dan Facebook turut disediakan. Secara keseluruhan, boleh dikatakan Google Glass membawakan salah satu cara baru dalam bentuk interaksi yang membolehkan kita melihat pelbagai perkara dari prespektif baru. Sebagai contoh, Google Glass yang digunakan ketika membuat pembedahan boleh membantu dalam pembelajaran atau ahli sukan yang membolehkan penonton melihatnya daripada perspektif baru. Potensi yang bakal dibawakan oleh Google Glass ini adalah amat tinggi. Dijangka akan diperkenalkan untuk pengguna umum pada tahun hadapan. Untuk pembangun, ia berharga RM4820.

 
Leave a comment

Posted by on November 26, 2013 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s