RSS

Penstriman Audio YouTube

26 Nov

YouTube bakal memulakan perkhidmatan audio-streaming bermula bulan Disember tahun ini. Isu ini menyentuh dua perkara : Jumlah pengguna dan pendapatan bulanan. Pada hari ini lebih 1 billion orang telah menonton YouTube setiap bulan. Perkhidmatan ini akan bermula dari mobile app YouTube dengan langganan bulanan tanpa iklan, pendengaran offline dan berkebolehan mendengar audio sambil mengguna aplikasi lain. Ramai eksekutif dari syarikat rakaman berharap perkhidmatan baru ini diperkenalkan pada YouTube. Syarikat video terbesar dunia itu telah mendapat pujian kerana memberi bayaran royalti kepada artis, pencipta lagu dan syarikat rakaman. YouTube telah memikirkan khidmat langganan ini berbulan-bulan lamanya sehinggakan perjanjian bersama pemilik syarikat rakaman telahpun dibuat awal tahun lalu. Ia boleh dijalankan dengan Google Play Music All Access, yang memberi Google dua saluran pendapatan, muat-turun dan streaming. “Jenama YouTube adalah lebih berkuasa dalam minda orang ramai daripada Google Play buat masa sekarang”, kata Jeremie Varengo, pengurus muzik digital Universal Music.

Pengstriman YouTube itu nanti bakal bertanding dengan iTunes dan iTunes Radio. Ramai eksekutif syarikat rakaman meramalkan khidmat langganan audio streaming akan lebih popular dari budaya muat-turun muzik cara iTunes. Peredaran ini telah menurunkan harga CD dari $15-$18 kepada $0.99 setiap satu MP3 sejak sedekad yang lalu. Khidmat $10 sebulan adalah lebih menguntungkan apabila dibandingkan. “Pendapatan berulang adalah fenomena dalam dunia perniagaan” kata sumber syarikat rakaman besar, “YouTube kini ada peluang untuk melakukannya juga”. Audio streaming (Mendengar muzik tanpa memuat-turun) baru menjadi popular sekitar dua tahun yang lepas. Untuk kali pertama sejak tahun 1999, pendapatan dari penjualan muzik telah meningkat, walaupun pada kadar yang kecil (sekitar 0.3% menurut International Federation of the Phonographic Industry). Dengan hadirnya laman-laman penstriman audio ini, penjualan muat-turun MP3 dilihat makin menyusut, namun pendapatan berulang menjadi lebih sihat kepada syarikat rakaman.

Pengguna juga lebih selesa menghabiskan sekitar $10 setiap bulan untuk mengakses jutaan lagu melaluinya. Pada tahun 2013 kita sendiri telah melihat pelbagai syarikat penstriman audio memperkenalkan perkhidmatan mereka seperti Spotify, Deezer dan juga Rdio. Tidak ketinggalan adalah syarikat telekomunikasi tempatan yang bekerjasama dengan syarikat penyedia penstriman luar untuk memberikan nilai tambah untuk pelanggan mereka. Maxis telah bekerjasama dengan pihak Spotify, sementara DiGi pula bekerjasama dengan pihak Deezer. Harga langganan juga amat rendah, dimana boleh didapati pada harga RM15 sebulan. Buat masa ini, pihak Google tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan perkhidmatan penstriman audio mereka. Google sendiri mempunyai Play Music tetapi terhad untuk beberapa negara sahaja, dan masih belum tiba ke Malaysia buat masa ini. Mungkin kita akan dapat melihat integrasi dua perkhidmatan seperti yang dilakukan pada Google Play Newsstand baru-baru ini. Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh YouTube itu nanti.

 
Leave a comment

Posted by on November 26, 2013 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s