RSS

Samsung Galaxy Tab 3 Kids

26 Nov

Hari ini, pihak Samsung Malaysia melancarkan tablet khusus untuk kanak-kanak, dinamakan sebagai Galaxy Tab 3 Kids. Membawakan skrin bersaiz 7-inci, dan hadir dengan Application Manager untuk membolehkan ibu bapa memantau dan mengawal aplikasi yang diakses oleh anak-anak mereka. Sebuah aplikasi dinamakan Time Management turut disertakan untuk membolehkan tablet tersebut dikunci secara automatik sekiranya seseorang menggunakan ia melangkaui masa yang ditetapkan. Mempunyai cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, memori 1GB RAM dan juga kamera 3-megapixel pada bahagian belakang. Di Malaysia, membawakan harga RM799 dan boleh didapati di pasaran dalam warna kuning. Ianya sebuah Tab 3 dengan casing mesra kanak-kanak, menpunyai stylus C Pen serta antaramuka khas untuk kanak-kanak. Perubahan kosmetik yang berlaku ialah Tab 3 kids ialah sebuah Tab 3 yang dipasangkan casing khas. Casing ini diperbuat daripada plastik dan bahan bergetah. Casing Tab 3 Kids berfungsi sebagai alat pemegang, tablet stand dan cengkerang tahan lasak. C Pen yang disertakan boleh disimpan di dalam alat pemegang yang sama. Casing tersebut cukup tebal  untuk menahan hentakan sekiranya ia terjatuh secara sisi. Mempunyai muatan dalaman 8 GB dan menyokong penambahan memori dalaman dengan menggunakan kad MikroSD sehingga 64 Gigabyte. Aplikasi yang dimuat turun disusun dalam bentuk flash card dan watak-watak kartun bergerak mengikut tatalan pengguna. Ibu bapa boleh mengawal flash card yang mana boleh dipaparkan pada home screen. Aplikasi yang disorokkan boleh diaktifkan semula dengan bantuan panel pentadbirannya sendiri. Selain daripada itu terdapat juga kemampuan untuk merubah antaramuka kepada TouchWiz sekiranya ibu bapa pula ingin menggunakannya. Samsung berkata mereka akan menghasilkan lebih banyak aplikasi khas untuk Tab 3 Kids tersebut. Kesemua aplikasi ini boleh dimuat turun dari Samsung App store mereka.

 
Leave a comment

Posted by on November 26, 2013 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s