RSS

LG Nexus 5

03 Dec

Nexus 5 boleh dikatakan salah satu peranti yang sangat dinantikan pada tahun ini. Ia merupakan sebuah peranti idaman penggemar sistem operasi Android kerana ia hadir dengan kemaskini baru yang lebih pantas berbanding peranti lain. Sokongan komunitinya yang meluas menjadikan peranti Nexus antara pilihan pengguna. Kerjasama untuk mengeluarkan peranti Nexus tahun ini masih diteruskan oleh LG. Hadir dengan pemprosesan Snapdragon 800 terkini dan menggunakan Android 4.4 KitKat. Tahun ini, LG telah menghadirkan binaan tekstur bergetah pada bahagian belakang menggantikan panel kaca yang terdapat pada Nexus 4. Tekstur getah dibelakangnya sangat sedap dipegang dan tidak mudah tergelincir daripada genggaman. Bahagian tepi peranti ini juga menggunakan tekstur bergetah seperti bahagian belakangnya dan ketebalan peranti hanya 8.6 mm dengan berat 130 gram. Pada bahagian atas peranti, ia menempatkan lubang earphone 3.5 mm. Selain itu, peranti ini tidak didatangkan dengan port HDMI kerana kesemua tugasan tersebut boleh menggunakan port microUSB melalui sambungan SlimPort.

Kedudukan butang lock screen yang terdapat pada Nexus 5 juga agak baik kerana ia ditempatkan pada sisi sebelah kanan telefon. Butang lain seperti butang pelarasan suara terletak pada bahagian sisi kiri telefon yang turut sama berfungsi sebagai butang mengambil gambar. Pada bahagian bawah, ia menempatkan dua lubang speaker dan hanya satu sahaja speaker yang digunakan. Lubang speaker yang satu lagi hanya sebagai pelengkap reka bentuk peranti ini dan turut sama berfungsi menyalurkan bunyi dari lubang speaker pertama. Didatangkan dengan paparan skrin 5-inci 1080p yang sangat cantik. Paparan yang dipersembahkan agak mantap dan jitu kerana mempunyai kepadatan piksel sebanyak 445 ppi. Paparan True HD IPS+ yang terdapat pada Nexus 5 mempunyai kawalan kontras dan warna yang sangat baik walaupun melihat paparan di bawah sinaran matahari. Hampir keseluruhan antaramuka diberi elemen terang dimana bar notifikasi hadir dengan paparan lutsinar. Antara perkara menarik mengenai Nexus 5 adalah kehadiran Google Experience Launcher yang menjadi eksklusif pada Nexus.

Beberapa perkara menarik tampil bersama Google Experience Launcher ini antaranya antaramuka yang diberi pembaharuan. Ia menyerupai paparan homescreen pada stock launcher seperti Android sebelum ini. Bahagian talam aplikasi hadir dengan mod penuh tanpa lagi tampil dengan halaman tab pada antaramukanya. Pada Android 4.4 juga terdapat fungsi seperti Yellow Pages iaitu Smart Dialer. Sekiranya anda terasa ingin memesan makanan daripada restoran dan anda tidak tahu sebarang nombor telefon tersebut, Smart Dialer akan membantu anda memaparkan nombor telefon restoran yang anda kehendaki. Ia juga turut membantu anda mengenal pasti daripada nombor yang tidak dikenali dan akan memadankan nombor tersebut dengan informasi yang berkaitan melalui internet. Selain itu pada Android 4.4 juga terdapat fungsi immersive mode. Melalui immersive mode, ia membolehkan aplikasi Android dipaparkan dalam mod skrin penuh tanpa meninggalkan ruang untuk bahagian butang maya. Salah satu perkara menarik mengenai kamera Nexus 5, pihak LG menyertakan teknologi Optical Image Stabalization (OIS) yang diambil daripada LG G2.

Teknologi OIS ini dapat membantu anda mengurangkan kadar gegaran pada gambar yang diambil. Sepanjang menggunakan Nexus 5, boleh dikatakan keseluruhan sistem operasi ini sangat lancar. Ini kerana kehadiran pemprosesan Qualcomm Snapdragon 800 2.26GHz yang didatangkan pada Nexus 5 ini membolehkan ia beroperasi dengan pantas dan ia merupakan pemprosesan terbaik pada tahun ini. Dengan memori sebanyak 2GB RAM, tiada sebarang masalah lengah masa. Mengguna dan menukar dari aplikasi ke aplikasi juga dilihat tidak menjadi masalah walaupun kebanyakan aplikasi dibiarkan berjalan tanpa ditutup terlebih dahulu. Sokongan GPU Adreno 330 yang didatangkan bersama Nexus 5 dilihat sangat membantu untuk menjalankan aplikasi dan permainan yang memerlukan grafik yang tinggi dalam peranti mudah-alih. Permainan bergrafik tinggi seperti Asphalt 8: Airbone dilihat sangat lancar yang turut mencatatkan frames per second yang agak tinggi pada Nexus 5. Sekiranya anda seorang gamer yang gemarkan permainan peranti mudah alih, Nexus 5 adalah peranti yang sangat disyorkan untuk anda.

 
Leave a comment

Posted by on December 3, 2013 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s