RSS

Apa Yang Menarik Tentang VSCO Cam

09 Dec

Semalam pihak Visual Supply Company telah melancarkan aplikasi VSCO Cam untuk versi Android secara rasmi. Ia merupakan aplikasi paling diminta oleh pengguna Android setelah sekian lama berada di platform iOS secara eksklusif. Ia sebuah aplikasi yang dapat menjadikan gambar yang diambil kelihatan istimewa dan sangat cantik daripada kebiasaannya. Keistimewaan VSCO Cam terletak pada filter. Apa yang membezakan VSCO Cam dengan aplikasi lain ialah filter yang direka padanya dibuat oleh golongan fotografi profesional dan setiap filter menampilkan kesan warna yang unik dan sukar untuk didapati pada aplikasi lain. VSCO Cam menampilkan 10 filter khas secara terbina dan sekiranya anda mahukan filter yang menarik dengan lebih lagi, VSCO Cam turut didatangkan dengan fungsi Store. Menggunakan VSCO Cam juga sangat mudah kerana ia tampil dengan kawalan yang straight-forward dan seimbang dari segi functionality dan fungsi sharing. Pada bahagian galeri, ia menempatkan sejumlah gambar yang sedang disunting dan sekiranya anda ingin menambah gambar padanya, tekan pada logo tambah yang berada di atas galeri.

Sekiranya anda menekan pada salah satu gambar yang berada di galeri VSCO Cam, ia akan membawa anda ke ruangan suntingan dengan filter pilihan. Setelah selesai membuat suntingan pada gambar, anda boleh berkongsi gambar tersebut melalui laman sosial utama. Tahun ini juga pihak pembangun VSCO Cam turut melancarkan VSCO Grid yang membolehkan pengguna ‘showcase’ gambar mereka pada umum. VSCO Grid merupakan tempat ‘hanya gambar lawa sahaja’ disimpan dan dijadikan sebagai galeri eksklusif bagi pengguna. Ia tidak didatangkan dengan sebarang sistem komen dan like tapi hanya sekadar meletakkan caption pada gambar. Boleh dikatakan VSCO Grid adalah ‘Tumblr mini’ bagi pengguna VSCO Cam dan fungsi ini juga boleh didapati secara terbina melalui ruangan sidebar pada aplikasi tersebut. Hadir dengan beberapa tools khas yang membolehkan anda menaikkan kontras, melakukan efek HDR, dan meletakkan efek blur pada gambar. VSCO Cam juga hadir dengan fungsi suntingan asas seperti kebolehan mengubah temperature, brightness, dan kontras pada setiap filter tapi ia tidak sehebat tools pada Snapseed kerana VSCO Cam bukan dicipta untuk itu.

Ia dicipta lebih kepada keupayaan dan suntingan pada filter. Sekiranya kita bijak gabungkan kuasa suntingannya, ia akan memberikan hasil gambar yang ‘outstanding’ dan tampil luar biasa. Tidak hairanlah aplikasi ini mempunyai ramai permintaan sehinggakan ada yang sanggup membeli iPhone kerana semata-mata mahukan aplikasi VSCO Cam sebelum ini. Tapi perlu diingatkan, VSCO Cam juga memerlukan kemahiran dan kreativiti anda mengambil gambar. Jika tidak, ia tidak memberi sebarang kecantikan pada gambar yang diambil walaupun disunting dengan aplikasi VSCO Cam. Itu sebab mengapa ada mengatakan VSCO Cam tidak memberi sebarang ‘hype’ langsung kepada mereka. Sama juga dengan efek HDR. Jika ia tidak digunakan pada gambar yang betul, ia akan menampilkan hasil yang sangat buruk dan tidak cantik untuk dilihat. Jadi, kesemua hasil yang didatangkan juga terletak pada tangan anda. Bagi yang belum memuat turun aplikasi VSCO Cam, boleh dimuat-turun melalui saluran App Store dan Google Play Store.

 
Leave a comment

Posted by on December 9, 2013 in App

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s