RSS

Gaurilla, App. Yang Menguruskan Perakaunan

09 Dec

Bercakap mengenai pengurusan perakaunan, terdapat beberapa perisian yang menawarkannya, termasuk perisian spreadsheet daripada Microsoft. Bagi yang inginkan kelainan, boleh mencuba salah satu aplikasi berasaskan web dinamakan Gaurilla. Gaurilla membawakan antaramuka yang ringkas dan tidak begitu sukar untuk menggunakannya. Pengguna akan diberikan kemudahan untuk membuat nama syarikat – yang mana akan digunakan pada aplikasi berkenaan, serta memudahkan anda membuat invois padannya. Pengguna juga perlu menetapkan tahun kewangan mereka. Salah satu kekurangan adalah ia tidak menyokong semua mata wang dunia, dan hanya terhad kepada mata wang tiga negara sahaja buat masa ini. Mata wang Malaysia masih tidak disokong, namun pengguna boleh menggunakannya tanpa sebarang masalah. Sebaik sahaja selesai menetapkan info berkenaan syarikat, pengguna dibawa kepada sebuah halaman utama yang memudahkan mereka untuk membuat input, seperti invois dan transaksi syarikat. Antaramukanya boleh dikatakan agak mudah untuk difahami, dengan semua menu terletak pada bahagian kiri. Pengguna juga boleh melihat pendapatan syarikat mereka dengan mudah melalui graf pendapatan dan perbelanjaan yang diperlihatkan pada halaman utama Gaurilla ini. Gaurilla merupakan perkhidmatan berbayar, dan bagi mereka yang mendaftar diri sebelum 2014, mereka akan mendapat akses percuma selama tiga bulan melaluinya. Sekiranya anda menyukai perkhidmatan tersebut, ia ditawarkan pada harga $4 sebulan untuk satu syarikat. Layari : Gaurilla untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 
Leave a comment

Posted by on December 9, 2013 in App

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s