RSS

Spotify Melancarkan Penstriman Percuma Untuk Semua Peranti

12 Dec

Spotify merupakan salah satu perkhidmatan penstriman lagu yang menawarkan perkhidmatan secara percuma pada desktop dan secara berbayar pada peranti mudah-alih. Selepas memperluaskan perkhidmatan mereka ke Malaysia pada awal tahun ini, hari ini pihak Spotify memperkenalkan beberapa perubahan pada perkhidmatan mereka. Salah satunya adalah pengenalan perkhidmatan percuma mereka untuk pengguna walaupun diakses pada sebarang peranti. Spotify mengatakan dengan penggunaan PC yang makin berkurangan dan pengguna peranti mudah-alih yang semakin meningkat, ia seperti tidak lagi relevan hanya percuma pada desktop sahaja. Perkhidmatan percuma sepenuhnya perlu ditawarkan pada pengguna tablet Android dan juga iOS, dimana ia disokong dengan paparan iklan – sama seperti pada desktop. Selain untuk tablet, Spotify turut mengumumkan perkhidmatan percuma untuk semua peranti mudah-alih, tetapi ia hadir dengan sokongan yang terhad. Untuk perkhidmatan percuma ini ia tidak hadir dengan sokongan carian dan lebih memfokuskan kepada sokongan shuffle lagu. Dinamakan Spotify Shuffle, ia menawarkan sokongan seumpama penstriman radio, tetapi pengguna boleh memilih artis kegemaran mereka, dan mendengar lagu-lagu nyanyian artis berkenaan. Tiada sokongan carian yang disediakan dan pengguna hanya boleh shuffle lagu untuk mendengar lagu-lagu yang seterusnya. Seperti biasa, dengan membayar langganan RM14.90, pengguna ditawarkan dengan beberapa sokongan tambahan pada perkhidmatan penstriman lagu berkenaan.

 
Leave a comment

Posted by on December 12, 2013 in App

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s