RSS

Acer Iconia W4 – Tablet 8-inci

23 Dec

Selepas memperkenalkan Iconia W3 beberapa bulan yang lepas, kini pihak Acer memperkenalkan Iconia W4. Dari segi rekabentuk, tidak membawakan perbezaan yang begitu ketara. Pada bahagian hadapan, kedua-duanya dilihat hampir menyerupai antara satu sama lain. Pada bahagian belakang pula, kedudukan logo dilihat diubah sedikit daripada paparan mendatar kepada menegak. Dari segi port pula, kedua-duanya adalah sama tetapi kedudukan setiap satunya adalah berbeza. Pada bahagian belakang, kamera 5MP disertakan untuk memudahkan pengguna merakam gambar. Untuk panggilan video pula, ia menyertakan kamera 2MP pada bahagian hadapan. Menyertakan sistem operasi Windows 8.1 yang membolehkan pengguna menggunakan ia sama seperti sistem komputer biasa. Pengguna juga boleh memasang pelbagai aplikasi yang ditawarkan melalui Windows Store, disamping memasang perisian pihak ketiga tanpa sebarang masalah. Pembelian Iconia W4 juga akan hadir dengan perisian Office 2013 secara percuma, membolehkan pengguna melakukan tugasan pejabat dan sebagainya di luar. Pihak Acer juga melengkapkan tablet tersebut dengan beberapa aplikasi daripada Acer sendiri, iaitu Acer Docs, dan sebagainya. Ia tampak lebih terang dan jelas berbanding Iconia W3, dari segi paparan, disamping mengurangkan refleksi. Dengan penggunaan cip Bay Trail, ia menawarkan masa penggunaan bateri yang lebih lama dan prestasi yang lebih tinggi. Menurut Acer, Iconia W4 mampu bertahan sehingga 10 jam dengan sekali pengecasan.

 
Leave a comment

Posted by on December 23, 2013 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s