RSS

Google Maps Location History

23 Dec

Google Location History mengumpulkan data gerakan anda dari satu tempat ke tempat yang lain mengikut selang masa yang dilakukan secara automatik. Semestinya anda memerlukan sokongan akses internet sebelum data lokasi anda dicatatkan pada perkhidmatan Google. Layari : Google Location History. Data-data tersebut kemudiannya digunakan untuk memberikan pelbagai maklumat dan info menarik melalui Google Now. Sebagai contoh, sekiranya anda berada disesuatu lokasi, Google Now akan memperlihatkan masa yang diambil untuk kembali ke rumah. Mengikut algoritma pintar Google, data tersebut juga digunakan untuk tentukan lokasi kerja anda, dimana sebaik sahaja anda bangun setiap pagi, Google Now akan memperlihatkan keadaan trafik dan masa yang diambil ke lokasi berkenaan. Walaupun Google Location History ini mungkin memudahkan pelbagai perkara, namun terdapat beberapa pengguna yang tidak gemarkan sokongan tersebut, dan mungkin ingin memadam semua data lokasi yang terdapat pada perkhidmatan Google. Untuk melakukannya, pengguna hanya perlu ke halaman Google Location History dan memantaunya melalui halaman dashboard yang disediakan. Semua data yang diperlihatkan adalah hanya untuk anda sahaja, dan bukannya diperlihatkan kepada umum. Melalui halaman tersebut, pengguna boleh memilih tarikh yang diingini untuk melihat gerakan anda. Data tersebut turut dilengkapi dengan masa dan sebagainya, membolehkan anda ketahui dimanakah anda berada pada sesuatu masa. Untuk mematikan sokongan pengumpulan data ini, pengguna hanya perlu ke halaman History Settings, dan kemudiannya memilih “Disable”. Seterusnya untuk memadamkan semua data yang terdapat di Google Location History, pengguna hanya perlu klik pada “Delete All History” pada halaman utamanya. Dengan melakukan kedua-dua perkara tersebut, anda akan memadam pemantauan lokasi oleh Google.

 
Leave a comment

Posted by on December 23, 2013 in Web Social

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s